Monday, February 14, 2011

13/02/2010. hari adik aku secara rasminya menjadi isteri kepada mohd norhisham musleh. aku doakan hubungan mereka kekal ke anak cucu. wlupun aku masih dlam pencarian sidia yang dicipta allah buat aku. aku redha allah hadirkan dia sedikit lambat buat aku. aku yakin pastinya yang terbaik. tapi aku tidak larat menahan pertanyaan yang bertalu-talu diajukan pada aku ni. nasib baik itu cuma satu hari.alhamdullillah aku masih mampu bertahan sampai ke penghujung majlis.

Thursday, January 6, 2011

cahaya ilahi

2010...

dh berlalu. tp mcm2 aku lalui ketika itu.pertemuan. kehancuran. dosa yang aku halalkan. kegelapan. aku hanyut dlm kegelapan. dengan dosa2 yang aku lakukan. tanpa aku rindu DIA. Tanpa aku cinta DIA. Sampai satu masa aku merasa Dosa, keseronokan, Cinta dunia itu sementara. pada ketika itu aku sebenarnya terduduk dek dugaan demi dugaan yang aku terima dariNya. pada ketika itu lah, dengan malu dan rasa penuh kehinaan tangan ku angkat doaku pohon berikan aku kesempatan dan petunjuk ke jalan Mu. Dengan penuh kesyahduan malam itu, airmataku berjuraian tak terbendung dengan penuh persoalan terimakan Dia akan taubatku.Dan ku pohon jua dia jauhkan aku dari lelaki2 yang tidak jujur padaku. Alhamdullillah doaku didengari dan diperkenankan. Seorang demi seorang aku tinggalkan dengan rela atau tanpa rela. Tamparan hebat kuterima apabila aku diberi petubjuk meninggalkan putih. dan aku redha.

awalnya aku tidak mampu mengharungi takdir yang telah menjadi ketentuan ilahi seperti itu juga aku tidak mampu kehilangan dirinya kerana dia sahabat aku yang aku cintai. tapi allah bagi semangat agar aku kuat. dari itu aku sedar DIA lebih cinta kan aku dari lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup aku memberi harapan dan cinta penuh kepalsuaan. mendustai rase cinta yang penuh ikhlas aku hulurkan. ketika itu aku merasai kesakitan, tangisan, kepedihan yang begitu menyakitkan. tapi CintaNya buat aku sedar maka aku mengangkat tangan berdoa lagi padaMu(cinta yang kucari dari dulu tak ku temui)bimbing lah aku yang telah jauh tenggelam dalam kegelapan dan kesunyian ini.


2011
Kini aku merubah jalanku dengan petunjuk dariMu. walaupun aku tau aku insan hina tapi aku yakin akan peluang yang kau berikan buat aku. Lantaran, Kau masih disayangi aku seperti Hamba-hamba yang engkau kasihi Aku dengan rela hatiku merubah setiap inci kehidupanku yang dulunya gelap gelita, Dengan itu aku mohon kau kekalkan perubahan aku ini jangan berhenti berikan cahaya dalam hidupku yang telah lama gelap ini. Kau hadirkan lah dia yang mampu menjadikan aku anugerah dan amanah yang perlu dipelihara di dunia mahupun di khirat.