Friday, September 26, 2008

AKU DITERIMA.

aku seorang jobless kebelakangan ini. kenapa aku berkata demikian. walhal aku masih pekerja yang makan gaji Softbox Sdn Bhd. sebuah syarikat aku memulakan kehidupan berkerja setelah mendapat segulung ijazah. kerjaya ku bermula dengan tidak begitu cerah. menjadi wartawan sebenarnya bukan pilihan. aku lebih meminati broadcasting or filem line. tapi dari hari ke hari aku gagahi jua ke opis. biar "dia" itu tidak menyukai sejak dari awal aku berkerjaya. erm aku juga tidak tau kenapa. aku juga tidak pernah bertanya padanya. sebenarnya aku juga tidak mahu tau tentang itu. aku lebih rela jadi wartawan yang tidak disukai berbanding wartawan kesayangan. aku tak mahu memburukkannya di sini. tak perlu rase. cindrella story hanya bercerite tentang aku dan hidupku. dia orang yang luar dari kehidupanku. x sesuai!... 2 minggu dalam bulan september waktu itu bulan puasa. pada ketika aku semakin malas ke opis. aku tak mampu ke opis berada di sana mendengar orang tua itu, memaki aku depan semua orang, menyusahkan aku depan semua orang. arghhh die benar-benar bikin aku down. payah. aku decide tidak mahu ke opis softbox sampai hari itu tiba nanti. hari selesai semua penulisan seperti tertera dalam surat jaminan. maka setelah itu selesailah segalanya.


Dalam menanti saat semua ini selesai aku ikhtiar cari keje lain tp semua x sesuai. aku dapat satu keje. cuma datang training dan keesokan hari nye shj. selebihnya aku habiskan masa bersama laptop kesygan ku. org opis tu dok call n msg. haramm aku nak angkat n reply. maaf kan aku klu menyusahkan.


HARI AHAD.

sedang aku bergolek-golek bersama laptop ku. aku menerima msg dari sahabatku, laila. dia mempelawa aku kerja di karyawan bestari production house, tempat kerja barunya. adoi aku mulai serba salah. ada tawaran kerja lain sebelum itu. aku confius. akhirnya aku memutuskan untuk ke tempat laila di kota damansara.


HARI ISNIN

aku terjaga jam 7 lebih. aduh baru aku sedar penulisan aku belum siap. lalu ku buka ym sent pada kak alina. dia membantu aku membetulkan penulisan. setelah selesai jam meenunjukkan angka 10.30. adoi. aku dah lambat. aku perlu ke opis bru laila. bukan lambat. tapi benar-benar lambat. tapi aku bangun ke kamar mandi. bersiap. berjalan ke LRT. jam sudah 11.30. adoi. aku bertambah panik. tapi kemudian aku redakan ia. aku katakan pada allah. aku serahkan segalanya pada DIA. klu aku dapat maka dapat lah. klu tidak maka tidak lah. aku tawakal. sampai di LRT kelana jaya. aku bergegas mandapatkan teksi. pakcik teksi kata RM20.

"hah?..gile mahal...cekik darah punyer org tua..ok sabar.."

pak cik tu tanya kawan dier

"18" kwn dier kate..

aku angguk..
wlu pun dalam terpaksa..
aku redha aje..

12:30pm.

smpi di opis laila. adoi perut aku mulai sakit. alhamdullilah isteri boss ku (yang pada ketika itu belum lagi enjadi bossku). aku menunggu. tak kisah lah berapa lama dia nak suh tunggu. tapi sabar je wlupun aku ni bukan org yang suka menunggu.


beberapa minit kemudian


aku dipanggil masuk.
aku katakan pada tuhan
"klu kerja ni utk aku, untk aku jugak... klu tidak maka tidak lah"

aku serah segalanya pada allah...



aku sedang diinteview...


bertalu-talu soalan ku terima..
nasib baik laila dh breef aku awal2..
so semuanya jadi tenang.

wah...kebetulan bossku lepasan usm kenal rapat pulak dengan bekas pensyarahku -prof hatta-. bossku meminta persetujuanku untuk menelefon prof hatta. aku setuju aje..aku yakin prof akan bilang yang baik2 sahaja. wah... mcm dh kowtem je plak..
haha..

aku sembang kosong dgn isteri bossku.

talian di matikan oleh boss ku smbil ketawa besar. seronok benar nampaknya dia.senyum sampai ke telingga. mengumpat aku kah mereka berdua itu?persetankan . aku mau tau satu" anda berjaya dapat kerja di sini"... baru aku bole ketawa besar seperti boss ku.


boss bertanya apakah aku bersedia menyahut cabaran bekerja di situ. jawapan aku cuma satu dan pastinya"ya, saya bersedia". tanpa ku duga memang benar aku berjaya. aku puas. aku bukan lagi jobless. aku sudah ade kerja BARU....

mau ku jerit pada dunia.

kini nekad ku hanya satu.

bekerja dengan cemerlang bikin orang sayang

ketawa besar

mendengar khabar gembira itu, permintaan untuk bekerja pada hari itu juga ku trima mentah-mentah. seolah2 bagi apa sahaja AKU TERIMA.

ketawa besar.


aku panjatkan kesyukuran pada YANG DIATAS.
Alhamdullih aku di terima.

terima kasih juga pada laila dan prof hatta.

Sunday, September 21, 2008

Merah terima kasih atas segalanya.

Baru beberapa minit yang lalu aku berbual dengan "merah" di ym. satu ruang yang memberi peluang aku berbicara soal perasaan dengan "merah". kami tidak mempunyai sebarang peluang untuk berbicara mengenai perasaan. Tapi malam ini kami meleraikan segala kegelapan antara kami.

awalnya di ym aku yang mulakan dengan satu sapaan. "merah" membalas ringkas. cerita kami pada awalnya cerita biasa. hingga pada satu ketika aku meminta "merah" membaca blog ku. ada sesuatu buat "merah" dalam laman blog ku. bkn satu tapi dua buah puisi khas untuknya. "merah" mulai merasakan sesuatu yang pelik. aku bilang baca semula puisi ku yang bertajuk kala malam bulan mengambang

"aku x harapkan apa2
cuma mau lari dari sepi..
aku tak mau sampai mati..
aku sepi... " .

aku terangkan padanya aku tidak mengharapkan apa2 untuk perhubungan kegelapan ini. ianya akan berakhir nanti. bila?. aku pun tak pasti. aku bilang padanya jangan risau aku tahu kedudukan aku, "merah" dan perhubungan ini. ianya akan berakhir sekejap lagi. "merah" cuma mahu menjelaskan segala2 nya kerna khuatir aku mengharapkan sesuatu darinya. keadaan bukan begitu "merah". aku tidak menaruh cinta padamu. aku yakin x pernah. kerna aku tau aku cuma rasa sayang pada kamu kerna kamu bikin aku tenang dan bahagia. bukan dalam konteks cinta. Jangan salah menafsir perasaan ku "merah". ketika berbual di ym. "merah" juga meminta maaf. tanyaku padanya kenapa. dia bilang kerana tidak menunaikan permintaan ku untuk bertemu malam ini kerna dia kan pergi besok.kalau dia tidak meminta maaf pun aku mengerti. "merah" mahu menjarakkan hubungan kami. aku mengerti. itu memang perlu.


beberapa minit setelah selesai berbual di ym, aku merasakan inilh saat dan ketika yang tepat menyelesaikan semuanya antara aku dan "merah". Segalanya perlu berakhir di sini. Pergi lah "merah" ku relakan kau pergi. tiada apa yang perlu dinanti dalam hubungan yang gelap ini.

Cuma kuharapkan allah kuatkan aku dan menjaga hatiku selalu.

Sampai sini saatnya..

Merah..
aku sudah bersedia
biar kau lepaskan tangan ku..
dan teruskan hidup mu..
tanpa perlu ada aku setiap cerita hidup mu..

kali ini tiada mungkin..
tapi pasti...
aku biar kau lalui hidup mu ..
aku terokai kehidupan ku..

Aku berzikir ..
mengangkat doa sedalam kalbu..
tabahkan hati ku..
relakan dia terbang tinggalkan aku..
pergi..

Merah,
doaku sentiasa mengiringimu..
biar sampai kapan pun...
aku syukur ade rase sayang ini buat kamu...

Aku, Tasya n Karyn


aku ade dua orang kawan baik kat usm nama dia tasya n karyn. kitorang jadi rapat sebab geng-geng aku x mau kawan ngan aku. Since 2nd year after practical diorang lah kawan aku. study sama, makan sama, enjoy sama2, shopping sama2 pokonya sume sama-sama lah. opss mandi lain2. hehe. aku sayang kat diorang biar pun x penah cakap tapi aku rase diorang tau. hehe. Tasya orangnya chantek n dah berpunya. insyaalah thn depan diorang kawin. dengan sape tasya nak kawin? sape lagi elmy lh..

karyn plak anak indonesia yang lebih muda dari aku dan tasya. Tapi orangnya matang. hehe. lebih matang karyn dari gue haha..Mesti pelik macammane anak indonesia bleh kamcing ngan anak malaysia. itu jodoh nama nya. kami ade chemistry. karyn pun dah ada bf. lupe plak nama bf dier yang baby face itu.

Since ktorg kawan x penah gaduh. x penah kecik ati each other. dats y persahabatan kami kekal untill now. wlupun masih2 dh jauh. Karyn di Jakarta. tapi kami sering ym sekiranya berpeluang. Karyn juga selalu pelawa kami ke Jakarta. tapi aku kate insyaallah. satu hari aku akan ketemu kamu di Jakarta sayang. waktu kamu nikah jawabku bercanda. kami memang gemar bercanda. Aku, Tasya dan Karyn memang gemar bercanda daripada ambil tahu tentang orang-orang sekeliling kami.

sekarang aku rasa rindu kat mereka. Karyn di Jakarta entah kapan ketemu. tapi gue kangen banget ama loe. Tasya plak duk kat pinggiran Uk. aku pun rindu kat ko. tapi x nak selalu kaco ko dating. ko n elmy perlukan masa untuk bersama. aku mengerti. tapi aku tau ko pun rindu kan aku jugak. hehe..


p/s..

Wat shud i do when i miss u girl fren...

Buat Kekasih Gelapku...

karya kali ini khas buat dia yang bernama....

aku tak selamanya mahu menjadi kekasih gelapmu..
akan tiba satu hari aku akan pergi tinggalkan kamu..
aku harap besok aku bisa tinggalkan kamu..
tapi bila esok itu tiba aku x mampu..
aku belum bersedia..

aku juga tak mampu terus menjadi kekasih gelapmu..
aku harap ianya cepat berakhir..
mungkin esok..mungkin lusa..
aku pun tak tahu..
tapi ianya perlu berakhir..

aku ade rasa bersalah pada insan kesayanganmu..
sehingga aku tak mampu melihat wajahnya..
biar aku tahu dia tak tahu apa-apa...
tapi aku rasa bersalah bersama kamu yang sudah ada dia..
maka setiap hari ku doa
hubungan ini akan berakhir...

p/s..

walau sampai kapan pun..
hubungan kt kekal menjadi kenangan terindah buatku..
aku bersyukur bertemu kamu..
biar ianya cuma seketika...

"Dia" buat aku






dari dulu hingga kini..
aku masih menanti..
"dia" yang dicipta-NYA
buat aku..
siapa kah "dia"
aku masih menanti ..
sabar menanti..
aku tak salah kan NYA..
kenapa hadirkan "dia"
lambat sgt..
tapi aku yakin "dia" pasti yang terbaik buat aku..
saat itu tiba...
aku sujud pada mu illahi..
kerana hadirkan cinta
hadirkan dia untuk manusia yang hina ini..

aku tak harap dia sekacak Farid Kamil
aku tak harap dia segenius Albert eistein..
aku tak harap dia sekaya bill gates..
cuma aku harap dia bisa cintakan aku ..
sayang aku setiap kali bangun dari lenanya..
sayangkan aku setiap hembusan nafas nya..
sayangkan aku bukan sekadar meniduriku..
rindukan aku biarpun aku sentiasa di sisinya...
lamar aku dengan kata-kata puisinya..
idamkan aku untuk lahirkan zuriatnya..
dambakan aku bersama meniti hari-hari berlalu..
senaraikan aku dalam rangka perjalanan hidupnya....
itu yang ku angankan dari "dia"....

Saturday, September 20, 2008

malam pungguk rindu kan bulan
seperti ada rindu di sini
buat kau..
jangan tanyakan pada ku
kenapa, apa, bagaimana ,mengapa..
kerna aku sendiri tiada jawapannya,,,
tapi yg pasti ada rindu yang suci
ada sayang yang luhur dari hati...

ada rasa ini
aku bisa bahgia ..
aku bisa hidup...
biar aku lupa pada sepi sumpahan hidup...

aku x harapkan apa2
cuma mau lari dari sepi..
aku tak mau sampai mati..
aku sepi...

Thursday, September 18, 2008

Aku perempuan sudah mati rasa..

aku perempuan yang sudah mati rasa...
rasa buat kau bernama arjuna..
kerna kau pergi dan datang kala kau suka..
aku menani tapi kau tiada...

saat syaitan membisik di telingga ..
saat malaikat memujuk rasa..
saat kata hilang tiada artinya..
aku perempuan tiada rasa buatmu arjuna..

bukan salahku..
bukan salah dia yang hadir..saat kau tiada..
tapi salah dikau..
yang kini sudah tiada ertinya. ..

Sunday, September 14, 2008

Pintu Diketuk lagi

Saat aku melangkah masuk ke kamar mandi. aku benar-benar terperanjat sekali lagi pintu diketuk dari luar. tapi kali ini lebih kuat. aku mulai takut. telefon mulai berdering tanpa henti. begitu juga telefon bimbit ku. aku bertambah takut. ketakutan membuat aku terduduk dan menjerit sekuat hatiku. tingkap yang ku buka tadi tertutup dan terbuka berulang-ulang kali dek angin yang kuat. kipas berpusing. lampu terpasang. dan kemudian terpadam. Dek ketakutan aku menangis. dan terus menutup pintu kamar mandi dan menguncinya. kali ini pintu kamar mandi diketuk dengan kuat. nama ku dipanggil dari luar. tiada keberanian untuk ku buka. keberanian yang selalu ada hilang entah ke mana. tiba-tiba pintu terbuka dek tolakan kuat dari luar. aku terperanjat. terus lari mendapatkan laila..sabdar.hariz. shila dan sham ada bersama.

laila"ko kenapa? sume orang risau dow.."

fara" aku takut..ade orang ketuk pintu kuat.. telefon berbunyi.. kipas terpasang... hp aku bunyi....tingkap...tingkap..." kata-kataku dalam tangisan mati. aku melangkah ke arah tingkap. tingkap itu tertutup berkunci. aku melangkah ke plug. menekan plug kipas. tidak berfungsi. aku ke arah telefon mengangkat ganggang telefon. kosong. begitu juga hpku.

Aku" betul tadi semua berfungsi baik telefon, kipas . tingkap... percaya lah ...aku bercakap ben.."

shila mengangkat tangannya. shila" sudah.. jangan nak mereka-reka cerita.. semua ok kat sini...telefon mmg x de line dari tadi, fara.. ko pun tau.. macam tu jugak kipas.. tingkap mmg x dibuka dari tadi... ok fara...tak de ape yang pelik ok.. selesai"

shila terus beredar. diikuti sham dan sabdar juga. laila kelihatan serba salah. akhirnya dia juga keluar. aku masih tunduk memandang lantai. kosong. aku masih berfikir tentang itu. hariz duduk di katil sebelah. menarik tanganku. aku memandang. mata kami berpandangan. ada bicara dari hati ke hati di situ. dia menganggukan kepala dan senyum. tanda dier percaya pada kata-kata ku.

hariz"tenang.. semuanya akan ok"

aku menganggukan kepala tanda mengerti. dia menarik tanganku merapatinya. aku dipeluk agar tenang kembali.

Saturday, September 13, 2008

Saat melangkah masuk...

kami masuk lagi ke hotel itu. laila menekan-nekan bell ring. Shila dan sham seperti biasa berpacaran.

sabdar" anybody here?!!!!'

Tiada respon.aku masih lagi di satu sudut ditemani hariz.hariz memandangku cuba menenangkan aku dengan lawak-lawak tidak sedikit pun menerima respon dari ku. hariz pergi mendapatkan sabdar. saat itu aku terus melangkah menaiki tangga. sampai anak tangga ke berapa entah aku menoleh kawan-kawan ku. mereka masih sibuk memanggil dan mendapatkan respon. aku terus berjalan. sampai ditingkat atas ada sebuah pintu terbuka.aku cuba melangkah terus ke bilik itu. tiba-tiba tanganku ditarik seseorang. aku berpaling. Rupa-rupanya hariz. laila. sabdar. shila dan sham. mulai menaiki tangga ke arah kami.

sabdar"no body stay here i think.. then we check in by ourself lh.."


semua pintu bilik sememangnya terbuka. kami terus memasuki bilik masing-masing. aku dan laila sebilik. hariz dan sabdar. shila pula mahu sebilik dengan sham. aku melangkah masuk ke bilik yang terbuka saat aku sampai di tangga sebentar tadi.

hariz" girls, this mine.. yours 012. ok"..

laila" cni lah, babes..len lah klu u nak tido ngan hariz"

aku" tak de makne nye"..

satu jelingan ku berikan pada hariz. aku cuba berlagak biasa. tapi dari tadi aku rase sesuatu yang aneh di sini. aku tau kenapa hariz bertindak begitu. dia tahu ape yang aku rase. aku melangkah ke bilik sebenarku. bilik hotel nampak kemas. seolah-olah baru lepas dikemas. aku meletakkan kepala ku diatas katil. laila sibuk menekan-nekan suiz lampu. tapi tidak bernyala. dia mencapai ganggang telefon.lalu meletakkannya semula.

"arghh tensionye x de elektrik. telefon ni plak tak bleh guna... hp.. harammm x de line..aku g jumpe sabdar ngan hariz jap"..


"ok" farah


aku bangun menuju ke arah tingkap hotel.aku membuka tingkap itu seluas mungkin. pelik jariku tidak menangkap sedikit pun habuk. angin menderu masuk. nyaman. sangat mendamaikan.

Kisah itu bermula di sini...







aku.laila.shila.sabdar.ewan.hariz. pada hari itu. kami menaiki sebuah van diarahkan ke Perak bersama kawan-kawan yang lain atas urusan kerja.malangnya kami telah terpisah dengan kawan-kawan yang lain.kami sesat.kami melewati sebuah tanah perkuburan yang luas. seluas ladang buah-buahan kepunyaan bapa sabdar.aku melihat sesuatu disebalik sebatang pokok besar.aku memandang terus ke arahnya. begitu juga dia. van terus mara padanganku masih fokus pada "dia" yang memandang aku. kemudian aku memandang ke hadapan sepantas kilat dia berada dihadapan cermin aku menghalang van kami. tetapi sabdar kelihatan biasa sahaja. yang lain ku lihat masih nyenyak tidur. aku cuba memberi tahu sabdar. tapi sabdar telah melanggar "dia" terlebih dahulu. kereta tiba-tiba berhenti beberapa meter dari tanah perkuburan. aku memandang sabdar. sabdar juga begitu.oleh kerana van berhenti mengejut. teman-temanku lain terjaga dari tidur yang lena. aku tidak mampu berkata apa-apa. sabdar turun melihat keadaan van. begitu juga ewan dan hariz. tapi keadaan masih tidak berubah van masih tidak boleh dihidupkan.aku turun berjalan terus di jalan yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak itu.kedengaran sabdar mulai menyumpah-nyumpah. sabdar memang panas baran. ewan masih berusaha menghidupkan enjin. hariz setia membantu. Shila pula sibuk membetulkan dandanannya yang sudah mulai pudar dek kepanasan. laila sedari tadi asyik bergambar. aku pula terus berjalan. tiba di satu kawasan aku melihat sebuah hotel...tapi tidak lagi terurus. aku meneruskan perjalananku. tapi kedengaran suara hariz memanggil nama ku. niatku mahu mencapai tombol pintu tadi terbatal. hariz menghampiriku. tiba-tiba pintu terbuka sendiri. aku memandang hariz. begitu juga hariz.tiba-tiba suara laila mematikan segalanya.

"wah!!! ada hotel lah. apa kate kita tido je kan cni, kawan-kawan?.."laila terus membuka pintu hotel itu.

aku memandang hariz. tanpa sebarang kata. hariz juga begitu.

shila"aku tak kisah.. tapi semacam je tempat ni. wat ever lh, most important thing my bed close to window"...


ewan dan sabdar masuk.

Sabdar" guys we have no choice. kt kene tido sini. kereta tak boleh start"...

aku bersuara" x de cara lain ke?" ade sesuatu yang aneh di sini. aku merasainya sejak tadi.

Sabdar mengelengkan kepala. mereka semua ke van mengambil pakaian masing-masing. tinggal aku dan hariz.

hariz" jangan risau. satu malam je. insyaallah esok van ok"

aku menangguk akur. kami berjalan menuju ke van. tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh dari tingkat atas. aku dan hariz memandang antara satu sama lain. Hariz terus menarik tangan ku supaya aku tidak terlalu memikirkan tentang bunyi tersebut.

.........................................................................................

Wednesday, September 10, 2008

cinta tak bersyarat

Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat

Aku-chairil anwar

aku...
kalau sampai waktuku
ku tak mau seorang pun merayu...
tidak juga kau...
tak perlu sedu sedan itu..
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulit ku
aku tetap meradang menerjang
luka dan bisa ku bawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
aku akan lebih tidak peduli
aku mau hidup seribu tahun lagi...

Monday, September 8, 2008

Cerita dari bilik hotel.

pada ketika itu dingin. seperti mahu hujan. tapi belum hujan. aku merenung dari tingkap hotel memandang pokok besar di tanah perkuburan. shila dan laila di bilik kawan-kawanku yang lain. tiba-tiba ada satu bunyi. bukan ketawa. bukan suara. tapi bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. tap tap tap...semakin lama bunyi itu semakin hampir. semakin jelas ditelinggaku. semakin dekat, buat degupan jantungku kencang. semakin lama semakin kuat. bunyi itu semakin dekat. tiba-tiba polyphonic handphoneku berbunyi lagu Gerhana Ska Cinta "terpesona" sejak dari tadi tiada line tiba-tiba berbunyi. aku angkat tapi tiada suara. kosong tanpa suara cuma deru angin yang bisa kudengari. tiba-tiba ada suara ketawa halus. pantas ku matikan talian telefon. telefon hotel berbunyi tapi sebenarnya telefon sememangnya tiada line begitu juga bekalan elektrik.tetapi ada bekalan air di sini. aku cuba mencapai gangga telefon yang tak jauh dariku..talian terputus deringan terhenti. aku bangun ke kamar mandi. tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat. aku terkejut. hampir gugur jantung ku dibuatnya. aku tinjau dari satu lubang. pintu masih diketuk tapi tiada orang diluar. aku cuba membuka pintu. ketukan berhenti. aku terus ke kamar mandi....


p/s cerite ini akan disambung nnt.
cerite ini cuma sekadar cerita dari seorang peminat filem seram.
berfantasi tentang filem seram memberi kepuasan pada ku...
tapi ianyanya sekadar imiginasi bukan taksub (Syirik tu)

Siapa Aku Sebenarnya..

ada cerita tentang kau dan aku...
ada cerita tentang pelangi dan hujan ..
ada cerita tentang siang dan cahaya..
ada cerita tentang bintang dan bulan...

tapi cerita ini tentang kau dan aku..
tentang kau yang telah lama pergi dari aku..
tentang kau yang kapan akan kembali lagi pada ku..
mungkin kau takkan pernah kembali...
ya kau takkan kembali lagi..
aku kehilangan dikau saat aku terpedaya kata dusta kata nista sang buaya..
saat aku benar-benar bodoh menilai manusia..bukan buaya..

tapi harus gmana..
apa yang tak ingin terjadi
sudah terjadi
x ingin berlaku
telah pun berlaku..

maka ku bulatkan satu kata
allah tau segala-galanya..
aku pohon ampun padanya biar dosa itu diampuninya..
biar aku bisa jadi siapa aku sebenarnya..

Sunday, September 7, 2008

dambaanku...

aku kadang-kadang lupa..
kadang-kadang sengaja buat-buat lupa...
walhal aku x penah lupa...
aku tau siapa aku...
siapa aku pada kamu...
siapa kamu pada ku...
kadang aku cuba memonopoli sesuatu yang bukan milikku..
aku mau semuanya dari kamu..semua
aku tamakkan sesuatu yang hakikatnya tidak akan jadi milikku..
kamu bukan untukku...
kamu tidak akan menjadi milikku..
sampai kapan pun kamu bukan untukku....

Sampai kapan harus ku tamakkan untuk memilikimu..
sampai kapan harus ku dambakan kasihmu...
kapan ianya berakhir...
kapan saja aku jauh dari mu
pasti aku bisa lupa akan kamu...
semua tentang kamu..
semua tentang kita...
moga saat itu tiba ..
berakhir lah segalanya..
moga saat itu tiba ...
aku dah tak lagi tamakkan kamu..
aku dah tak lagi dambakan kamu..
saat itu mati sudah rasa ku buat kamu...

Tuesday, September 2, 2008

hadir lah teman..

rembulan dengarkan laguku..
teriakku...
jeritan batinku..
malam ini ku sendiri..
sesat...
di kamar sepi...

hadir lh teman..
temani ku disisi...
biar ku x rasa sendiri lagi...
hulurkan kasih..
hulurkan tanganmu..
biar bisa ku gapai
supaya ku x sesat lagi...


hadir lah teman
jangan tinggal ku sesat dan sendiri...