Saturday, September 13, 2008

Kisah itu bermula di sini...







aku.laila.shila.sabdar.ewan.hariz. pada hari itu. kami menaiki sebuah van diarahkan ke Perak bersama kawan-kawan yang lain atas urusan kerja.malangnya kami telah terpisah dengan kawan-kawan yang lain.kami sesat.kami melewati sebuah tanah perkuburan yang luas. seluas ladang buah-buahan kepunyaan bapa sabdar.aku melihat sesuatu disebalik sebatang pokok besar.aku memandang terus ke arahnya. begitu juga dia. van terus mara padanganku masih fokus pada "dia" yang memandang aku. kemudian aku memandang ke hadapan sepantas kilat dia berada dihadapan cermin aku menghalang van kami. tetapi sabdar kelihatan biasa sahaja. yang lain ku lihat masih nyenyak tidur. aku cuba memberi tahu sabdar. tapi sabdar telah melanggar "dia" terlebih dahulu. kereta tiba-tiba berhenti beberapa meter dari tanah perkuburan. aku memandang sabdar. sabdar juga begitu.oleh kerana van berhenti mengejut. teman-temanku lain terjaga dari tidur yang lena. aku tidak mampu berkata apa-apa. sabdar turun melihat keadaan van. begitu juga ewan dan hariz. tapi keadaan masih tidak berubah van masih tidak boleh dihidupkan.aku turun berjalan terus di jalan yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak itu.kedengaran sabdar mulai menyumpah-nyumpah. sabdar memang panas baran. ewan masih berusaha menghidupkan enjin. hariz setia membantu. Shila pula sibuk membetulkan dandanannya yang sudah mulai pudar dek kepanasan. laila sedari tadi asyik bergambar. aku pula terus berjalan. tiba di satu kawasan aku melihat sebuah hotel...tapi tidak lagi terurus. aku meneruskan perjalananku. tapi kedengaran suara hariz memanggil nama ku. niatku mahu mencapai tombol pintu tadi terbatal. hariz menghampiriku. tiba-tiba pintu terbuka sendiri. aku memandang hariz. begitu juga hariz.tiba-tiba suara laila mematikan segalanya.

"wah!!! ada hotel lah. apa kate kita tido je kan cni, kawan-kawan?.."laila terus membuka pintu hotel itu.

aku memandang hariz. tanpa sebarang kata. hariz juga begitu.

shila"aku tak kisah.. tapi semacam je tempat ni. wat ever lh, most important thing my bed close to window"...


ewan dan sabdar masuk.

Sabdar" guys we have no choice. kt kene tido sini. kereta tak boleh start"...

aku bersuara" x de cara lain ke?" ade sesuatu yang aneh di sini. aku merasainya sejak tadi.

Sabdar mengelengkan kepala. mereka semua ke van mengambil pakaian masing-masing. tinggal aku dan hariz.

hariz" jangan risau. satu malam je. insyaallah esok van ok"

aku menangguk akur. kami berjalan menuju ke van. tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh dari tingkat atas. aku dan hariz memandang antara satu sama lain. Hariz terus menarik tangan ku supaya aku tidak terlalu memikirkan tentang bunyi tersebut.

.........................................................................................

No comments: