Friday, September 26, 2008

AKU DITERIMA.

aku seorang jobless kebelakangan ini. kenapa aku berkata demikian. walhal aku masih pekerja yang makan gaji Softbox Sdn Bhd. sebuah syarikat aku memulakan kehidupan berkerja setelah mendapat segulung ijazah. kerjaya ku bermula dengan tidak begitu cerah. menjadi wartawan sebenarnya bukan pilihan. aku lebih meminati broadcasting or filem line. tapi dari hari ke hari aku gagahi jua ke opis. biar "dia" itu tidak menyukai sejak dari awal aku berkerjaya. erm aku juga tidak tau kenapa. aku juga tidak pernah bertanya padanya. sebenarnya aku juga tidak mahu tau tentang itu. aku lebih rela jadi wartawan yang tidak disukai berbanding wartawan kesayangan. aku tak mahu memburukkannya di sini. tak perlu rase. cindrella story hanya bercerite tentang aku dan hidupku. dia orang yang luar dari kehidupanku. x sesuai!... 2 minggu dalam bulan september waktu itu bulan puasa. pada ketika aku semakin malas ke opis. aku tak mampu ke opis berada di sana mendengar orang tua itu, memaki aku depan semua orang, menyusahkan aku depan semua orang. arghhh die benar-benar bikin aku down. payah. aku decide tidak mahu ke opis softbox sampai hari itu tiba nanti. hari selesai semua penulisan seperti tertera dalam surat jaminan. maka setelah itu selesailah segalanya.


Dalam menanti saat semua ini selesai aku ikhtiar cari keje lain tp semua x sesuai. aku dapat satu keje. cuma datang training dan keesokan hari nye shj. selebihnya aku habiskan masa bersama laptop kesygan ku. org opis tu dok call n msg. haramm aku nak angkat n reply. maaf kan aku klu menyusahkan.


HARI AHAD.

sedang aku bergolek-golek bersama laptop ku. aku menerima msg dari sahabatku, laila. dia mempelawa aku kerja di karyawan bestari production house, tempat kerja barunya. adoi aku mulai serba salah. ada tawaran kerja lain sebelum itu. aku confius. akhirnya aku memutuskan untuk ke tempat laila di kota damansara.


HARI ISNIN

aku terjaga jam 7 lebih. aduh baru aku sedar penulisan aku belum siap. lalu ku buka ym sent pada kak alina. dia membantu aku membetulkan penulisan. setelah selesai jam meenunjukkan angka 10.30. adoi. aku dah lambat. aku perlu ke opis bru laila. bukan lambat. tapi benar-benar lambat. tapi aku bangun ke kamar mandi. bersiap. berjalan ke LRT. jam sudah 11.30. adoi. aku bertambah panik. tapi kemudian aku redakan ia. aku katakan pada allah. aku serahkan segalanya pada DIA. klu aku dapat maka dapat lah. klu tidak maka tidak lah. aku tawakal. sampai di LRT kelana jaya. aku bergegas mandapatkan teksi. pakcik teksi kata RM20.

"hah?..gile mahal...cekik darah punyer org tua..ok sabar.."

pak cik tu tanya kawan dier

"18" kwn dier kate..

aku angguk..
wlu pun dalam terpaksa..
aku redha aje..

12:30pm.

smpi di opis laila. adoi perut aku mulai sakit. alhamdullilah isteri boss ku (yang pada ketika itu belum lagi enjadi bossku). aku menunggu. tak kisah lah berapa lama dia nak suh tunggu. tapi sabar je wlupun aku ni bukan org yang suka menunggu.


beberapa minit kemudian


aku dipanggil masuk.
aku katakan pada tuhan
"klu kerja ni utk aku, untk aku jugak... klu tidak maka tidak lah"

aku serah segalanya pada allah...



aku sedang diinteview...


bertalu-talu soalan ku terima..
nasib baik laila dh breef aku awal2..
so semuanya jadi tenang.

wah...kebetulan bossku lepasan usm kenal rapat pulak dengan bekas pensyarahku -prof hatta-. bossku meminta persetujuanku untuk menelefon prof hatta. aku setuju aje..aku yakin prof akan bilang yang baik2 sahaja. wah... mcm dh kowtem je plak..
haha..

aku sembang kosong dgn isteri bossku.

talian di matikan oleh boss ku smbil ketawa besar. seronok benar nampaknya dia.senyum sampai ke telingga. mengumpat aku kah mereka berdua itu?persetankan . aku mau tau satu" anda berjaya dapat kerja di sini"... baru aku bole ketawa besar seperti boss ku.


boss bertanya apakah aku bersedia menyahut cabaran bekerja di situ. jawapan aku cuma satu dan pastinya"ya, saya bersedia". tanpa ku duga memang benar aku berjaya. aku puas. aku bukan lagi jobless. aku sudah ade kerja BARU....

mau ku jerit pada dunia.

kini nekad ku hanya satu.

bekerja dengan cemerlang bikin orang sayang

ketawa besar

mendengar khabar gembira itu, permintaan untuk bekerja pada hari itu juga ku trima mentah-mentah. seolah2 bagi apa sahaja AKU TERIMA.

ketawa besar.


aku panjatkan kesyukuran pada YANG DIATAS.
Alhamdullih aku di terima.

terima kasih juga pada laila dan prof hatta.

No comments: