Saturday, October 4, 2008

Raya Tahun Ini Tak Semeriah Sebelumnya.


hari bantai

aku pulang ke rumah. erm byk benda dah berubah di rumah. bunyi mcam orang dh lame tak balik. hehe. biasalah raya mcm2 mama tukar.boros. time ni lah orang2 boros. rakus. termasuk mama. tapi x pe setahun sekali je buat perangai cam ni. esok raya. aku dah beli baju raya dengan shila semalam. sederhana sahaja.

Hari raya p1

erm aku dan adik2ku bersiap2 memakai baju raya. paling ghairah c amar. awal pagi dh bangun. kecoh kejutkan semua orang. penat aku nak layan. selesai sembahyang raya. sesi bermaaf2an beralangsung. itu lh rutin raya yang paling ku nntikan. saat ini aku biasa mencium jari jemari mama dan papa memohon keampunan. banyak benar dosa ku pada mereka. banyak benar rahsia ku. tapi ku tau mama bisa membaca aku. klu dulu aku terlalu sensitif dengan situasi ini tapi kini tidak lagi. aku nekad aku takkan nangis raya tahun ini.

Selesai itu, aku, mama dan adik2ku berangkat pulang ke kampung ku di KG. Melang Tengah Kuala Pilah. destinasi yang setia menanti keluarga ku pulang setiap hari raya. berangkat pulang seperti biasa. aku harap tahun depan semua akan jadi luar biasa. aku tak larat. tak larat melihat kepenatan mama dan adik ku amar. aku harus berikan sedikit kesenangan pada mereka. aku perlu lakukan. tahun depan akan ku buktikan. aku yakin aku boleh.

wlupun semuanya kelihatan biasa di kampung. sebenarnya dalam hati cucu dan anak UWAN LIMAH ada sepi dan sunyinya. termasuk aku. aku tiba2 rindukan uwan saat melangkah masuk ke pekarangan rumah uwan.

selalu uwan setia menanti kepulangan kami di kusyen luar rumahnya. tapi kali ini tidak lagi.

selalu ada yang bising klu juadah tak sedia lagi. tapi kali ini tak de lagi.

selalu ade yang bising tutup suh buat air tetamu dah dtg. tapi kali ini tiada lagi.

selalu ade yang bising waktu pagi. suh sume bangun. tapi kali ini tak akan ada lagi.

uwan dah PERGI beberapa purnama yang lalu. uwan tak dapat nak rase gaji pertama aku. uwan tak dapat rase baju raya yang aku idamkan nak tempah buat die. uwan tak dpt tgk aku konvo. aku sedih.

aku terkenang waktu aku jaga die di hospital dulu. waktu sume orang sibuk dan elak diri nak jaga uwan. aku turun hospital. aku jaga uwan sebab dier uwan aku. ada waktunya uwan berbual-bual dengan aku dan kami ketawa. waktu tu kami mmg dekat. aku kesian benar melihat keadaan dia pada ketika itu., kencing manisnya melarat. doktor memberitahu aku mahu memotong jari kaki kiri uwanku kerna kuman semakin merebak. doktor kate uwan dah nyanyuk. aku yakin tidak. uwan masih ingat. ingat sapa aku. ingat sapa die. doktor silap.

beberapa kali aku menitiskan air mata melihat keadaanya. dari hari ke hari keadaannya makin tenat. anak2nya x peduli. mama ku sibuk tapi janji sabtu nnt pulang. pak ngahku cikgu x bz mana pun susah benar nak dtg. ada hari apa entah dia sanggup pergi bercuti satu family ke langkawi. biarkan uwan terlantar di hospital alasannya kerana ada aku. wat de fuck pak ngah. ko anaknya. aku cuma cucunya. biarkan...hari ini dia sudah menyesal.
yang lain byk alasan.

Seminggu Berlalu.

aku kena blik. cuti sem dah nak abis. kelas start isnin. aku amanahkan kerja menjaga uwan pada mak cu. sebelum pulang kukucup dahi uwan dan jarinya. ku bisikkan di telingga nya

" uwan, kak long balik dulu ya".

"jap laie dtg blik yo"

"kak long nak blik penang terus. kelas start isnin"

"erm tak po blik lah"

"uwan jgn lupe mkn ubat yo:

uwan menangguk.aku sebak. tapi kutahan. berat benar ati ku tinggalkan uwan. aku khuatir sesuatu terjadi.


beberapa minggu kemudian ku dengar keadaan uwan makin teruk. ditukarkan ke hospital seremban. klu penang ni dekat aku tentu berada di sana. aku tanyakan khabar uwan dari mama lewat sms ataupun panggilan telefon. Raya cina makin hampir. usm cuti seminggu. aku senang hati dapat pulang. pulang ke rumah mak cik ku di seremban. agar aku boleh melawat uwan.

kami ke hospital. tiba di ccu. hanya 2 orang shj yg dibenarkan masuk. maka kami perlu bergilir2. aku masuk bersama mak lang waktu tu. aku melihat uwan. badannya berselirat wayar2 mesin. tangan, peha betisnya membengkak. kata mak lang itu sebab air dan yang dimasukkan dalam badan uwan. uwan nmpk kritikal. kata mak lang semalam nafas uwan mati seketika. nasib baik doktor cepat. aku tak tahan lagi aku menitiskan mata di situ depan mak lang. jari jemari uwan ku genggam bisikku pada uwan.

"uwan kene kuat, uwan kene lawan, sebab kak long nak uwan tgk kak long pakai jubah, kak long nak uwan dtg wktu kak long grad"

uwan x mampu memberi respon. kata mak lang uwan tido.
aku ajak mak lang ke luar sebab aku tak tahan tgk keadaan uwan.

cukup seminggu aku pulang ke penang. tapi aku pesan pada mama. nnt klu ada ape2 msg.

Hari itu....
mama menghantar msg padaku

satu khabar yg sebenarnya aku x mahu dengar.
waktu tu jam 5am. aku di bilik akma.

uwan kembali ke rahmatullah.

sms mama ringkas. aku tau dia juga sedih. ibunya sudah PERGI.
aku juga sedih mama. UWANKU PERGI.

aku bangun duduk di kerusi berdekatan meja dengan dua kaki ku angkat ke atas. air mataku mula menitis. bila akma bangun aku ceritakan tentang uwan bkn tentang kematiannya tentang kisah hidup aku dan uwan. akhir cerita aku umumkan pada nya uwan ku telah tiada. aku menanggis lagi. dia memelukku. dia suruh aku balik. aku cakap aku tak boleh balik. aku sedih. aku tak nak balik sebab aku x kuat, x kuat nak tenangkn mama,x kuat nak menenangkan semua orang di rumah.

akhirnya aku panjat doa dan sedekahkan yassin padanya.

aku tenang.
aku tak nak uwan tahu aku nangis.


Berbalik pada bicara raya tahun ini.

aku sedih. aku pasti semua orang sedih. tapi masing-masing cuba lupekan kesedihan. kami berjuang. kami rindu uwan.

semoga uwan tenang di sana.

No comments: