Wednesday, December 24, 2008

kisah malam ini...

lama benar rasanya aku tidak menulis kisah-kisah cinderella aku di ruangan ini. Hari ni malam ini dikala aku rasa sedih memikirkan hidupku aku luahkan pada ruangan yang setia menanti setiap tulisanku. malam ini! actually aku sudah lama merasakan ini! benarkah dia si pelangi yang ku nanti? benar aku tak salah meneka hati ku lagi? adakah aku sudah merampas dia dari seseorang? apakah benar dia benar-benar sayangkan aku?


hah makin aku fikir aku jadi makin binggung! sudah acap kali aku tanyakan pada teman pada si pelangi sendiri! apa kah benar dia syangkan aku? apakah benar dia kali ini benar-benar pelangi buat aku? atau kali ini juga aku rampas dia dari seseorang?

kata-kata teman! hubungan mesranya dengan temanku satu ketika dulu! jujur aku nyatakan di sini aku cemburu! aku sakit hati! dari rasa-rasa ini wujud satu demi satu persoalan. soalan-soalan yang bisa menimbulkan pergaduhan jika aku ajukan padanya!!


malam ni aku dengar lagi teman mengatakan aku rampas die dari temanku! aku jadi tertanya-tanya lagi! benarkah itu situasi sebenarnya!!! benar aku rampas dier? ya allah tunjukkan aku jalannya! aku juga rasa begitu satu ketika dulu dia memang jauh dariku! lebih rapat dengan temanku itu. aku rasakan dia sedikit tertarik padanya! aku pada awalnya mahu mematikan langkahku dari terus mendekatinya pada awal-awal hubungan kami! kerna aku yakin ini yang bakal aku rasai nanti!!!

aku sudah tak tahu apay mahu aku tulis !!! aku tak mampu lagi luahkan hatiku di sini. nanti bila aku sudah tenang akan ku sambung kisah ku lagi....

Tuesday, December 2, 2008

kiriman terakhir pada merah.

merah, ada berita aku nak kabarkan pada kamu. aku jumpa sesorang sebaik kamu. paling penting dia sayangkan aku lebih dari kamu. alhamdullillah doaku diperkenankan ilahi. perhatian dia buat aku sudah tak rasa rindu pada kamu. rinduku beralih pada dia. setiap hari tanpa pernah miss. mungkin dia pelangi yang kunanti. doakan ye hubungan ini berpanjangan. sperti aku yang tak pernah terlupa doakan kamu dengan si dia. mungkin lepas ni tiada lagi cerita tentang kamu di sni. harap mengerti. sy tau kamu sikit pun tak berkecil hati. akhir kataku merah. aku janji aku takkan pernah ingat pada kamu lagi. seperti dulu-dulu. saya tamatkan berita saya buat kamu di sini.

Monday, December 1, 2008

ke kiri aku resah
ke kanan aku gelisah
bawa aku terbang ke sana
biar aku bisa fikir lebih dari biasa..

bermain ombak aku suka
dilambung ombak aku tak bisa
apatah lagi dilambung cinta ..
lalu biarkan ruang itu kosong tanpa sesiapa..

tapi untuk "dia"
tak tau siapa
nanti tiba waktunya..
akukan tahu jua..

kpp borink class
301108
10:15am
ada warna kelabu dimatanya
terpancar rona duka diriak wajahnya
tiada senyuman diukir..
mindanya tak berhenti berfikir
disebalik renungan tak pernah mungkir
hatinya terluka bukan kali terakhir..
tiada kata-kata ianya berakhir..
hanya dengar tangisan tanpa suara..
ini semua gara-gara masalah dunia..
pusing...
apayang namanya masalah itu tak pernahkan berakhir..
noktah...

kelas kpp yang membosankan,
301108
10:00.
burung menyanyi riang
ada orang berkeliaran
inginku berlari ke pantai
jeritkan pada bulan...
atau perlu aku bisikan saja pada bintang
atau biar saja...
lalu aku diam...

dlm van
seksyen 6 ke kelas driving.
301108

Thursday, November 27, 2008

lelaki

berbicara soal lelaki buat aku rasa jelak. tentang lelaki yang datang dan pergi dalam hidup aku. yang hanya satu mahunya. bkn dari hati datangnya tapi dari nafsu yang tak pernah mati. maaf lelaki. rata-rata dari kalian memang begitu. mengecewakan aku. diminda kalian hanya satu. pandanganmu cuma itu. perempuan seperti aku "hanya tempat pelempias nafsumu lelaki".

tanyaku padamu lelaki. mengapa lelaki begini?. aku tau bukan semua antara kalian begitu tapi itu boleh dikira dengan 10 jari ku ini. maaf lagi. aku tak tujukan ini pada sesiapa. tapi cuma curahan hati yang semakin kesal dengan insan bernama lelaki. aku kini sudah amat bosan dengan lelaki. bkn aku mau berhenti dari terus menanti dia yang dihadirkan allah buat aku nanti.

ok lelaki wateverlah. jangan salahkan aku bila aku mungkiri fitrah ilahi. memilih si hawa jadi peneman sejati.

jangan tanya pada aku klu rasaku sudah tiada buat kamu. sebaliknya rasa itu makin menebal buat si hawa. seperti yang pernahku lakukan dulu. seperti yang pernah satu ketika dahulu.



kamar sepiku,
01:24am
24 nov 2008.

Wednesday, November 19, 2008

buat merah..

merah ..
aku rindu kamu ..
sangat...
dengarkan bisik hati ku selalu..

makin aku nafikan itu..
makin kuat pula rindu ini mendekati aku...
jadi biarkan saja..
nanti hilang sendiri...

apa khabarmu di sana
merah..
harap kamu sihat dan masih merahku yang dulu..

aku bz sangat kat sini...
tapi masih rindu..
masih belum ketemu pelangi aku...
mungkin nanti bila aku benar-benar dah ready...
pelangi pasti hadir selepas hilangnya hujan ini...
saat itu mentari jua akan muncul ..
pancarkan sinar secerah mungkin...
aku yakin pasti aku akan lebih bahagia ketika itu....

akhirkata dariku merah..
doakan aku terus ya...
aku masih menanti pelangi aku yang belum jua tiba...


at opis.
12:40 tengah hari..
satu hari yang bz di opis.

Sunday, November 16, 2008

deru ombak bikin aku tenang
hembusan angin terasa damai..
mahuku lari sahaja di persisiran pantai ...
sendiri...
tidak perlu ada engkau di sisi
menemani hari-harikudi sini...

jangan khuatir aku bisa sendiri..
yakin..
aku bisa..
tanpa kau...
hadir di sini..

tegasku di sini..
jangan hampiri aku lagi...
berikan ruang aku bernafas...
lepaskan lelah ..
resah..
gelisah..
jangan hampiri diri ini
amaran ku pasti..

biar aku ingat diriku..
sedar siapa aku tanpa kamu...


primula hotel,
2008

Friday, November 7, 2008

hari2 yang berlalu memenatkan. bikin aku tambah penat kerja berlambak nak kene buat. makian yang berbakul-bakul nak kena hadap. argh tension!!!!!!!!!!!. aku hilang kuasa uruskan hidupku sendiri. berada di lembah bidong kuala terengganu amat memenatkan. cepatlah minggu ini berakhir. aku hilang kawalan hampir2 hilang kewarasan semalam. nasib baik aku masih punya akal dan iman. alhamdullillah ianya x terjadi. itu semalam.

hari ini.
hah keceluparan ku kritikal. minda ku luar monitor. tanpa ku sedar ku sakiti hati seorang teman. kasihan. aku punya rasa bersalah pada ketika ini. maaf. x sengaja. aku tau ko x bleh terima. maaf jika ko dengar bisikan ini.

seperti biasa kesibukan menepis rasa kesepian. alhambullilah ianya hilang sedikit demi sedikit, tapi jangan dekati aku.AWAS si ADAM tolong jauhi aku. aku tidak perlukan kamu saat ini.jangan ganggu ruang lingkup ku ini. jangan calarkan ketenangan ini. biarkan aku tenang sendiri.

Thursday, October 23, 2008

uwan agar ko bisa tenang di sana

tiba2 hati ku tersentuh. mendengar cerita laila yang atuknya sakit kuat. aku jadi teringat uwan. arwah uwan sebenarnya. aku jadi tiba-tiba sedih. rindu. sebenarnya lebih pada rindu. aku tahan air mataku dari mengalir ketika itu. saat itu di kedai mkn bersama teman sekerja ku. aku perlu kuat sebenarnya. mereka tidak harus lihat air mata ini. laila juga tidak. jangan aku tak mau.

aku jadi mula hilang rasa. aku mau menitiskan air mata. aku naik opis dulu. x thn. tolong tuhan damaikan uwan ku di sana. aku rindu pada dia. maafkan. ampunkan kerana air mata ini mengalr tanpa dipinta. menitis sendiri tanpa dipaksa.

aku cuba mengingat wajah uwan aku paksa diri aku agar aku x pernah lupa wajahnya. aku menangis tiap kali aku rasa aku terlupa wajahnya. aku mohon agar aku tidak pernah sekalipun lupa pada dia ataupun wajahnya itu. jangan.

aku dh x punya dia di sini. jangan hapuskan lagi memori kami. jangan biar aku lupa dia nnt.


satu lg pintaku padamu tuhan. tenangkan dia di sana. al fatihah..

Monday, October 20, 2008

Kuatkan aku, bangkitkan roh kehebatan ku...

mcm2 jadi ari ni. segalanya bermula dengan perkara yang tidak bagus. bukan setakat ari ni. dh 2 minggu cam ni. x tau dari mana silapnya. semuanya salah. salah aku. kenapa. bodoh mungkin. aku benci begini. aku lost diri sendiri. aku x tau mane perginya diri aku sendiri. segalanya buat aku rasa mau mati. buat aku benci diri sendiri.

aku tak suka keadaan jadi begini. aku rasa down suddenly. aku jadi hilang suara. hilang rasa. pokoknya hilang diri aku sendiri.

aku juga hilang kepercayaan org ke atas aku. itu paling aku x suka. aku tiba-tiba jadi sedih dgn semua ini. paling penting hilang kebawaan diri. aku x pikir apa staff len nak kata pasal aku. tapi aku pikir org yang bagi gaji kat aku.

aku sedih gila. klu bukan di opis aku dh menangis di bilik sendiri. tapi saat ini aku di opis.

aku x mau org pikir aku lemah. aku tak mau orang pikir aku kuat nangis. tapi sebenarnya aku lah orang orang2 itu. lemah, sensitif, kuat nangis. lemparkan sahaja perkataan2 itu padaku. aku mengaku itu adalah aku. tapi setiap orang tlg jgn lihat aku seperti itu. jgn sekalipun.

aku tampilkan diri aku yang kuat, x de perasaan, sukar didekati, x sensitif lansung pada apa kata orang, ganas,bukan seorang yg feminin.


aduh berlakon kah aku? penipu kah diriku? aku cuma x mau nmpk lemah. aku x mahu dipandang rendah.


tuhan,
biar semuanya hitam pada mata org aku x kisah.
cuma yang putih pada matamu...
tolong bangkitkan roh kehebatan ku...
jangan terus tanamkan dia sedalam kalbu.

Sunday, October 19, 2008

Semuanya tinggal noktah, Merah

Buat si Merah...

Sekiranya kau terbaca blog ku ketika masa terluangmu. mahu aku nyatakan di sini. ada rindu yang singgah jauh di sudut hati ini. x tahu datangnya dari mana. aku cube menepis perasaan ini kerna ku yakin kau pasti x rindu pada ku. aku mengerti sukar untuk kau rindui aku. tidak mengapa jangan gusar aku takkan berkecil hati. yakinlah rindu ini juga akan berakhir nanti. aku harap kau gembira di sana. hish apa lah aku ni, pasti kau bahagia tentunya. aku tak sangsi lagi. kau mmg mau kesana demi misimu yg belum sempurna. aku doakan kau berjaya.

Entah rindu ini buat aku lost kadang2. aku hilang fokus. kerja ku berantakan. kehidupan sosial ku tercalar. benar2 rindu kali ini. lain benar rasanya dari dulu. tapi aku tahu rinduku setakat di situ. noktah. tiada lagi lebih dari itu. mungkin kerana terbawa2 dek perasaan aku jadi begini. jangan risau merah. aku takkan membiarkan ini berterusan. aku kan kuat. aku kan hebat. kau bukan x tahu itu. aku takkan lemah kerana ini. ujian sekecil ini pasti aku berjaya harungi.

Satu ari jika aku jumpe si pelangi akan ku beritahu kamu. mungkin kau tak peduli tapi akan ku khabarkan juga pada kamu lewat blog ini. aku takkan membuat panggilan pada kamu. atau menghantar pesanan ringkas. fahamlah aku tak berdaya melakukan itu. cukup sekadar waktu itu. semuanya tinggal noktah, merah.

khabar indah dari seberang bukan untukku

saat itu hujan..
aku terima satu khabar...
khabar indah dri seberang tapi bukan untukku..
buat teman..
biar...
kini...
dia dibuai keasyikan...
dia asyik aku senang..
dia gembira aku lapang...
dia bahagia aku takkan pernah sedih...

khabar indah dari seberang tapi bukan untukku...
buat teman...
dia berhak dibuai rasa...
dia manusia..
dia wanita..
perlu bahagia...
tuhan jangan biar dia menangis lagi...
jangan biar temanku sedih lagi...
jangan sakiti dia lagi...

hapuskan segala duka lara..
hapuskan air matanya..
leraikan sakitnya...

dia berhak bahgia
bila terima khabar indah dari seberang yang bukan untukku
tapi buat teman...

Friday, October 17, 2008

MELIHAT DARI BALIK TIRAI
SEDIKIT TERANG....
CUMA BAYANG
SEDANG SI HAWA TERABA-RABA....
MENCARI MANA ADAMMNYA....
BUKAN YANG PERTAMA...
TIDAK JUGA YANG KETIGA....
MANA?

ADA CINTA YANG TERSUSUN SEMENTARA..
ARAH MANA DATANGNYA..
TIMUR?
BARAT?
MUNGKIN UTARA...
ANGIN YANG MEMBAWANYA..
KEMUDIAN ANGIN JUGA BAWANYA PERGI..
LALU TINGGALKAN AKU SENDIRI..
SEPI.............

SEPI

bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku...
syurgaku..

tanpa dia malam menemaniku...
sepi memelukku...

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam......
biar ia sepi sepertiku....

khalil gibran...

Monday, October 13, 2008

Tanyaku Padamu Dunia...

ada tangisan...
ada jeritan...
ada kesakitan...
dalam keramaian
manusia berdendang....

di sana ada kematian
mayat bergelimpangan ..
darah warna kekal di segenap ruang....
si anak kehilangan pelindung
si ibu menjanda ditinggal tanpa pesan ......

letupan ...
tembakan...
dentuman ..
hidangan yang menyiksakan...
makanan yang membunuh setiap satu mereka....

disana hilang sudah nilai kasih sayang...
hilang rasa kemanusian...
mati sudah rasa kecintaan...

bila..
bila bakal berakhir ini semua...
apakah hingga tiada titisan air mata..
tiada lagi suara...
mati sudah deria rasa...

dimana noktahnya....
aku masih tertanya-tanya padamu dunia...........

Friday, October 10, 2008

Tuhan Jaga Hatiku Selalu..


Sudah lama benar rasanya x mencoret dan meluahkan sedikit rasa di sini. Rindu benar rasanya mahu menulis. Namun kesibukan telah mencuri masa-masaku untuk berkarya, untuk melakukan apa yang aku suka, untuk rasa apa yang mahu aku rasa. kesibukan membataskan segala tindakan dan perasaanku.

tapi adakalanya aku suka begini. setidak-tidaknya aku x rasa aku sendiri. x rasa apa itu sepi. jauh lagi rasa x memiliki dan dimiliki.

aku mulakan hidup baru. kerja baru. teman baru. segala2nya baru. yang bikin aku tenang. tapi adakalanya x tenang jugak. argghhh itu semua dunia punya angkara.

kata boss cube pikir kenapa allah bagi kita hidup di dunia. banyak sebabnya, salah satunya DIA suruh kita berusaha. aku akui kata-kata boss ada benarnya. Jadi jangan cepat putus asa. berusaha lah pasti berjaya.

sudah lama benar aku x beri perhatian pada hidup aku, pada diri aku, pada tubuh aku, pada hati aku.


mereka perlukan perhatian. Aku sudah lame tidak mempedulikannya. kali ini aku nekad hati ku, diriku, tubuhku perlukan perhatian kerna dia sebahagian dariku.

tiada lagi mereka-mereka yang ku beri peluang melukakan hati, mencalarkan tubuh ini, merosakkan diri ini.

tiada lagi mereka-mereka yang melempiaskan nafsu nya di sini pada diri ini.

tiada lagi mereka-mereka yang rasa gadis kecil ini masih kecil seperti dulu.

tiada lagi mereka-mereka yang mampu menundukan gadis kecil ini...

meragut kehormatannya dan pergi......


aku mohon pada allah tolonglah jaga hatiku ini jangan biarkan tercalar lagi...
jangan biarkan ianya dikhianati lagi, lagi dan lagi...

aku sudah penat membiar diri ini tubuh ini diratah oleh kaum adam,
yang sepatutnya melindungi bukan menyiat setiap inci tubuh ini, diri ini....

aku berdoa sedalam kalbu di sini berakhirnya...
hidup liarku...
disini berakhir
kebodohan gadis kecil ini...
di sini berakhir
kepercayaanku kepadamu si kaum adam....

cukup sudah
terhina benar aku rasa diriku pada DIA...
adakalanya ku sudah malu memohon pada DIA...
kerna aku bukan mulia..
kerna aku bukan suci..

kerna itu aku cuma minta SATU daripada DIA
....TUHAN JAGA HATIKU SELALU...

aku yakin semuanya dari hati dari niat...
insyaallah klu itu terjaga maka terjaga segalanya.

Saturday, October 4, 2008

Raya Tahun Ini Tak Semeriah Sebelumnya.


hari bantai

aku pulang ke rumah. erm byk benda dah berubah di rumah. bunyi mcam orang dh lame tak balik. hehe. biasalah raya mcm2 mama tukar.boros. time ni lah orang2 boros. rakus. termasuk mama. tapi x pe setahun sekali je buat perangai cam ni. esok raya. aku dah beli baju raya dengan shila semalam. sederhana sahaja.

Hari raya p1

erm aku dan adik2ku bersiap2 memakai baju raya. paling ghairah c amar. awal pagi dh bangun. kecoh kejutkan semua orang. penat aku nak layan. selesai sembahyang raya. sesi bermaaf2an beralangsung. itu lh rutin raya yang paling ku nntikan. saat ini aku biasa mencium jari jemari mama dan papa memohon keampunan. banyak benar dosa ku pada mereka. banyak benar rahsia ku. tapi ku tau mama bisa membaca aku. klu dulu aku terlalu sensitif dengan situasi ini tapi kini tidak lagi. aku nekad aku takkan nangis raya tahun ini.

Selesai itu, aku, mama dan adik2ku berangkat pulang ke kampung ku di KG. Melang Tengah Kuala Pilah. destinasi yang setia menanti keluarga ku pulang setiap hari raya. berangkat pulang seperti biasa. aku harap tahun depan semua akan jadi luar biasa. aku tak larat. tak larat melihat kepenatan mama dan adik ku amar. aku harus berikan sedikit kesenangan pada mereka. aku perlu lakukan. tahun depan akan ku buktikan. aku yakin aku boleh.

wlupun semuanya kelihatan biasa di kampung. sebenarnya dalam hati cucu dan anak UWAN LIMAH ada sepi dan sunyinya. termasuk aku. aku tiba2 rindukan uwan saat melangkah masuk ke pekarangan rumah uwan.

selalu uwan setia menanti kepulangan kami di kusyen luar rumahnya. tapi kali ini tidak lagi.

selalu ada yang bising klu juadah tak sedia lagi. tapi kali ini tak de lagi.

selalu ade yang bising tutup suh buat air tetamu dah dtg. tapi kali ini tiada lagi.

selalu ade yang bising waktu pagi. suh sume bangun. tapi kali ini tak akan ada lagi.

uwan dah PERGI beberapa purnama yang lalu. uwan tak dapat nak rase gaji pertama aku. uwan tak dapat rase baju raya yang aku idamkan nak tempah buat die. uwan tak dpt tgk aku konvo. aku sedih.

aku terkenang waktu aku jaga die di hospital dulu. waktu sume orang sibuk dan elak diri nak jaga uwan. aku turun hospital. aku jaga uwan sebab dier uwan aku. ada waktunya uwan berbual-bual dengan aku dan kami ketawa. waktu tu kami mmg dekat. aku kesian benar melihat keadaan dia pada ketika itu., kencing manisnya melarat. doktor memberitahu aku mahu memotong jari kaki kiri uwanku kerna kuman semakin merebak. doktor kate uwan dah nyanyuk. aku yakin tidak. uwan masih ingat. ingat sapa aku. ingat sapa die. doktor silap.

beberapa kali aku menitiskan air mata melihat keadaanya. dari hari ke hari keadaannya makin tenat. anak2nya x peduli. mama ku sibuk tapi janji sabtu nnt pulang. pak ngahku cikgu x bz mana pun susah benar nak dtg. ada hari apa entah dia sanggup pergi bercuti satu family ke langkawi. biarkan uwan terlantar di hospital alasannya kerana ada aku. wat de fuck pak ngah. ko anaknya. aku cuma cucunya. biarkan...hari ini dia sudah menyesal.
yang lain byk alasan.

Seminggu Berlalu.

aku kena blik. cuti sem dah nak abis. kelas start isnin. aku amanahkan kerja menjaga uwan pada mak cu. sebelum pulang kukucup dahi uwan dan jarinya. ku bisikkan di telingga nya

" uwan, kak long balik dulu ya".

"jap laie dtg blik yo"

"kak long nak blik penang terus. kelas start isnin"

"erm tak po blik lah"

"uwan jgn lupe mkn ubat yo:

uwan menangguk.aku sebak. tapi kutahan. berat benar ati ku tinggalkan uwan. aku khuatir sesuatu terjadi.


beberapa minggu kemudian ku dengar keadaan uwan makin teruk. ditukarkan ke hospital seremban. klu penang ni dekat aku tentu berada di sana. aku tanyakan khabar uwan dari mama lewat sms ataupun panggilan telefon. Raya cina makin hampir. usm cuti seminggu. aku senang hati dapat pulang. pulang ke rumah mak cik ku di seremban. agar aku boleh melawat uwan.

kami ke hospital. tiba di ccu. hanya 2 orang shj yg dibenarkan masuk. maka kami perlu bergilir2. aku masuk bersama mak lang waktu tu. aku melihat uwan. badannya berselirat wayar2 mesin. tangan, peha betisnya membengkak. kata mak lang itu sebab air dan yang dimasukkan dalam badan uwan. uwan nmpk kritikal. kata mak lang semalam nafas uwan mati seketika. nasib baik doktor cepat. aku tak tahan lagi aku menitiskan mata di situ depan mak lang. jari jemari uwan ku genggam bisikku pada uwan.

"uwan kene kuat, uwan kene lawan, sebab kak long nak uwan tgk kak long pakai jubah, kak long nak uwan dtg wktu kak long grad"

uwan x mampu memberi respon. kata mak lang uwan tido.
aku ajak mak lang ke luar sebab aku tak tahan tgk keadaan uwan.

cukup seminggu aku pulang ke penang. tapi aku pesan pada mama. nnt klu ada ape2 msg.

Hari itu....
mama menghantar msg padaku

satu khabar yg sebenarnya aku x mahu dengar.
waktu tu jam 5am. aku di bilik akma.

uwan kembali ke rahmatullah.

sms mama ringkas. aku tau dia juga sedih. ibunya sudah PERGI.
aku juga sedih mama. UWANKU PERGI.

aku bangun duduk di kerusi berdekatan meja dengan dua kaki ku angkat ke atas. air mataku mula menitis. bila akma bangun aku ceritakan tentang uwan bkn tentang kematiannya tentang kisah hidup aku dan uwan. akhir cerita aku umumkan pada nya uwan ku telah tiada. aku menanggis lagi. dia memelukku. dia suruh aku balik. aku cakap aku tak boleh balik. aku sedih. aku tak nak balik sebab aku x kuat, x kuat nak tenangkn mama,x kuat nak menenangkan semua orang di rumah.

akhirnya aku panjat doa dan sedekahkan yassin padanya.

aku tenang.
aku tak nak uwan tahu aku nangis.


Berbalik pada bicara raya tahun ini.

aku sedih. aku pasti semua orang sedih. tapi masing-masing cuba lupekan kesedihan. kami berjuang. kami rindu uwan.

semoga uwan tenang di sana.

Friday, September 26, 2008

AKU DITERIMA.

aku seorang jobless kebelakangan ini. kenapa aku berkata demikian. walhal aku masih pekerja yang makan gaji Softbox Sdn Bhd. sebuah syarikat aku memulakan kehidupan berkerja setelah mendapat segulung ijazah. kerjaya ku bermula dengan tidak begitu cerah. menjadi wartawan sebenarnya bukan pilihan. aku lebih meminati broadcasting or filem line. tapi dari hari ke hari aku gagahi jua ke opis. biar "dia" itu tidak menyukai sejak dari awal aku berkerjaya. erm aku juga tidak tau kenapa. aku juga tidak pernah bertanya padanya. sebenarnya aku juga tidak mahu tau tentang itu. aku lebih rela jadi wartawan yang tidak disukai berbanding wartawan kesayangan. aku tak mahu memburukkannya di sini. tak perlu rase. cindrella story hanya bercerite tentang aku dan hidupku. dia orang yang luar dari kehidupanku. x sesuai!... 2 minggu dalam bulan september waktu itu bulan puasa. pada ketika aku semakin malas ke opis. aku tak mampu ke opis berada di sana mendengar orang tua itu, memaki aku depan semua orang, menyusahkan aku depan semua orang. arghhh die benar-benar bikin aku down. payah. aku decide tidak mahu ke opis softbox sampai hari itu tiba nanti. hari selesai semua penulisan seperti tertera dalam surat jaminan. maka setelah itu selesailah segalanya.


Dalam menanti saat semua ini selesai aku ikhtiar cari keje lain tp semua x sesuai. aku dapat satu keje. cuma datang training dan keesokan hari nye shj. selebihnya aku habiskan masa bersama laptop kesygan ku. org opis tu dok call n msg. haramm aku nak angkat n reply. maaf kan aku klu menyusahkan.


HARI AHAD.

sedang aku bergolek-golek bersama laptop ku. aku menerima msg dari sahabatku, laila. dia mempelawa aku kerja di karyawan bestari production house, tempat kerja barunya. adoi aku mulai serba salah. ada tawaran kerja lain sebelum itu. aku confius. akhirnya aku memutuskan untuk ke tempat laila di kota damansara.


HARI ISNIN

aku terjaga jam 7 lebih. aduh baru aku sedar penulisan aku belum siap. lalu ku buka ym sent pada kak alina. dia membantu aku membetulkan penulisan. setelah selesai jam meenunjukkan angka 10.30. adoi. aku dah lambat. aku perlu ke opis bru laila. bukan lambat. tapi benar-benar lambat. tapi aku bangun ke kamar mandi. bersiap. berjalan ke LRT. jam sudah 11.30. adoi. aku bertambah panik. tapi kemudian aku redakan ia. aku katakan pada allah. aku serahkan segalanya pada DIA. klu aku dapat maka dapat lah. klu tidak maka tidak lah. aku tawakal. sampai di LRT kelana jaya. aku bergegas mandapatkan teksi. pakcik teksi kata RM20.

"hah?..gile mahal...cekik darah punyer org tua..ok sabar.."

pak cik tu tanya kawan dier

"18" kwn dier kate..

aku angguk..
wlu pun dalam terpaksa..
aku redha aje..

12:30pm.

smpi di opis laila. adoi perut aku mulai sakit. alhamdullilah isteri boss ku (yang pada ketika itu belum lagi enjadi bossku). aku menunggu. tak kisah lah berapa lama dia nak suh tunggu. tapi sabar je wlupun aku ni bukan org yang suka menunggu.


beberapa minit kemudian


aku dipanggil masuk.
aku katakan pada tuhan
"klu kerja ni utk aku, untk aku jugak... klu tidak maka tidak lah"

aku serah segalanya pada allah...



aku sedang diinteview...


bertalu-talu soalan ku terima..
nasib baik laila dh breef aku awal2..
so semuanya jadi tenang.

wah...kebetulan bossku lepasan usm kenal rapat pulak dengan bekas pensyarahku -prof hatta-. bossku meminta persetujuanku untuk menelefon prof hatta. aku setuju aje..aku yakin prof akan bilang yang baik2 sahaja. wah... mcm dh kowtem je plak..
haha..

aku sembang kosong dgn isteri bossku.

talian di matikan oleh boss ku smbil ketawa besar. seronok benar nampaknya dia.senyum sampai ke telingga. mengumpat aku kah mereka berdua itu?persetankan . aku mau tau satu" anda berjaya dapat kerja di sini"... baru aku bole ketawa besar seperti boss ku.


boss bertanya apakah aku bersedia menyahut cabaran bekerja di situ. jawapan aku cuma satu dan pastinya"ya, saya bersedia". tanpa ku duga memang benar aku berjaya. aku puas. aku bukan lagi jobless. aku sudah ade kerja BARU....

mau ku jerit pada dunia.

kini nekad ku hanya satu.

bekerja dengan cemerlang bikin orang sayang

ketawa besar

mendengar khabar gembira itu, permintaan untuk bekerja pada hari itu juga ku trima mentah-mentah. seolah2 bagi apa sahaja AKU TERIMA.

ketawa besar.


aku panjatkan kesyukuran pada YANG DIATAS.
Alhamdullih aku di terima.

terima kasih juga pada laila dan prof hatta.

Sunday, September 21, 2008

Merah terima kasih atas segalanya.

Baru beberapa minit yang lalu aku berbual dengan "merah" di ym. satu ruang yang memberi peluang aku berbicara soal perasaan dengan "merah". kami tidak mempunyai sebarang peluang untuk berbicara mengenai perasaan. Tapi malam ini kami meleraikan segala kegelapan antara kami.

awalnya di ym aku yang mulakan dengan satu sapaan. "merah" membalas ringkas. cerita kami pada awalnya cerita biasa. hingga pada satu ketika aku meminta "merah" membaca blog ku. ada sesuatu buat "merah" dalam laman blog ku. bkn satu tapi dua buah puisi khas untuknya. "merah" mulai merasakan sesuatu yang pelik. aku bilang baca semula puisi ku yang bertajuk kala malam bulan mengambang

"aku x harapkan apa2
cuma mau lari dari sepi..
aku tak mau sampai mati..
aku sepi... " .

aku terangkan padanya aku tidak mengharapkan apa2 untuk perhubungan kegelapan ini. ianya akan berakhir nanti. bila?. aku pun tak pasti. aku bilang padanya jangan risau aku tahu kedudukan aku, "merah" dan perhubungan ini. ianya akan berakhir sekejap lagi. "merah" cuma mahu menjelaskan segala2 nya kerna khuatir aku mengharapkan sesuatu darinya. keadaan bukan begitu "merah". aku tidak menaruh cinta padamu. aku yakin x pernah. kerna aku tau aku cuma rasa sayang pada kamu kerna kamu bikin aku tenang dan bahagia. bukan dalam konteks cinta. Jangan salah menafsir perasaan ku "merah". ketika berbual di ym. "merah" juga meminta maaf. tanyaku padanya kenapa. dia bilang kerana tidak menunaikan permintaan ku untuk bertemu malam ini kerna dia kan pergi besok.kalau dia tidak meminta maaf pun aku mengerti. "merah" mahu menjarakkan hubungan kami. aku mengerti. itu memang perlu.


beberapa minit setelah selesai berbual di ym, aku merasakan inilh saat dan ketika yang tepat menyelesaikan semuanya antara aku dan "merah". Segalanya perlu berakhir di sini. Pergi lah "merah" ku relakan kau pergi. tiada apa yang perlu dinanti dalam hubungan yang gelap ini.

Cuma kuharapkan allah kuatkan aku dan menjaga hatiku selalu.

Sampai sini saatnya..

Merah..
aku sudah bersedia
biar kau lepaskan tangan ku..
dan teruskan hidup mu..
tanpa perlu ada aku setiap cerita hidup mu..

kali ini tiada mungkin..
tapi pasti...
aku biar kau lalui hidup mu ..
aku terokai kehidupan ku..

Aku berzikir ..
mengangkat doa sedalam kalbu..
tabahkan hati ku..
relakan dia terbang tinggalkan aku..
pergi..

Merah,
doaku sentiasa mengiringimu..
biar sampai kapan pun...
aku syukur ade rase sayang ini buat kamu...

Aku, Tasya n Karyn


aku ade dua orang kawan baik kat usm nama dia tasya n karyn. kitorang jadi rapat sebab geng-geng aku x mau kawan ngan aku. Since 2nd year after practical diorang lah kawan aku. study sama, makan sama, enjoy sama2, shopping sama2 pokonya sume sama-sama lah. opss mandi lain2. hehe. aku sayang kat diorang biar pun x penah cakap tapi aku rase diorang tau. hehe. Tasya orangnya chantek n dah berpunya. insyaalah thn depan diorang kawin. dengan sape tasya nak kawin? sape lagi elmy lh..

karyn plak anak indonesia yang lebih muda dari aku dan tasya. Tapi orangnya matang. hehe. lebih matang karyn dari gue haha..Mesti pelik macammane anak indonesia bleh kamcing ngan anak malaysia. itu jodoh nama nya. kami ade chemistry. karyn pun dah ada bf. lupe plak nama bf dier yang baby face itu.

Since ktorg kawan x penah gaduh. x penah kecik ati each other. dats y persahabatan kami kekal untill now. wlupun masih2 dh jauh. Karyn di Jakarta. tapi kami sering ym sekiranya berpeluang. Karyn juga selalu pelawa kami ke Jakarta. tapi aku kate insyaallah. satu hari aku akan ketemu kamu di Jakarta sayang. waktu kamu nikah jawabku bercanda. kami memang gemar bercanda. Aku, Tasya dan Karyn memang gemar bercanda daripada ambil tahu tentang orang-orang sekeliling kami.

sekarang aku rasa rindu kat mereka. Karyn di Jakarta entah kapan ketemu. tapi gue kangen banget ama loe. Tasya plak duk kat pinggiran Uk. aku pun rindu kat ko. tapi x nak selalu kaco ko dating. ko n elmy perlukan masa untuk bersama. aku mengerti. tapi aku tau ko pun rindu kan aku jugak. hehe..


p/s..

Wat shud i do when i miss u girl fren...

Buat Kekasih Gelapku...

karya kali ini khas buat dia yang bernama....

aku tak selamanya mahu menjadi kekasih gelapmu..
akan tiba satu hari aku akan pergi tinggalkan kamu..
aku harap besok aku bisa tinggalkan kamu..
tapi bila esok itu tiba aku x mampu..
aku belum bersedia..

aku juga tak mampu terus menjadi kekasih gelapmu..
aku harap ianya cepat berakhir..
mungkin esok..mungkin lusa..
aku pun tak tahu..
tapi ianya perlu berakhir..

aku ade rasa bersalah pada insan kesayanganmu..
sehingga aku tak mampu melihat wajahnya..
biar aku tahu dia tak tahu apa-apa...
tapi aku rasa bersalah bersama kamu yang sudah ada dia..
maka setiap hari ku doa
hubungan ini akan berakhir...

p/s..

walau sampai kapan pun..
hubungan kt kekal menjadi kenangan terindah buatku..
aku bersyukur bertemu kamu..
biar ianya cuma seketika...

"Dia" buat aku






dari dulu hingga kini..
aku masih menanti..
"dia" yang dicipta-NYA
buat aku..
siapa kah "dia"
aku masih menanti ..
sabar menanti..
aku tak salah kan NYA..
kenapa hadirkan "dia"
lambat sgt..
tapi aku yakin "dia" pasti yang terbaik buat aku..
saat itu tiba...
aku sujud pada mu illahi..
kerana hadirkan cinta
hadirkan dia untuk manusia yang hina ini..

aku tak harap dia sekacak Farid Kamil
aku tak harap dia segenius Albert eistein..
aku tak harap dia sekaya bill gates..
cuma aku harap dia bisa cintakan aku ..
sayang aku setiap kali bangun dari lenanya..
sayangkan aku setiap hembusan nafas nya..
sayangkan aku bukan sekadar meniduriku..
rindukan aku biarpun aku sentiasa di sisinya...
lamar aku dengan kata-kata puisinya..
idamkan aku untuk lahirkan zuriatnya..
dambakan aku bersama meniti hari-hari berlalu..
senaraikan aku dalam rangka perjalanan hidupnya....
itu yang ku angankan dari "dia"....

Saturday, September 20, 2008

malam pungguk rindu kan bulan
seperti ada rindu di sini
buat kau..
jangan tanyakan pada ku
kenapa, apa, bagaimana ,mengapa..
kerna aku sendiri tiada jawapannya,,,
tapi yg pasti ada rindu yang suci
ada sayang yang luhur dari hati...

ada rasa ini
aku bisa bahgia ..
aku bisa hidup...
biar aku lupa pada sepi sumpahan hidup...

aku x harapkan apa2
cuma mau lari dari sepi..
aku tak mau sampai mati..
aku sepi...

Thursday, September 18, 2008

Aku perempuan sudah mati rasa..

aku perempuan yang sudah mati rasa...
rasa buat kau bernama arjuna..
kerna kau pergi dan datang kala kau suka..
aku menani tapi kau tiada...

saat syaitan membisik di telingga ..
saat malaikat memujuk rasa..
saat kata hilang tiada artinya..
aku perempuan tiada rasa buatmu arjuna..

bukan salahku..
bukan salah dia yang hadir..saat kau tiada..
tapi salah dikau..
yang kini sudah tiada ertinya. ..

Sunday, September 14, 2008

Pintu Diketuk lagi

Saat aku melangkah masuk ke kamar mandi. aku benar-benar terperanjat sekali lagi pintu diketuk dari luar. tapi kali ini lebih kuat. aku mulai takut. telefon mulai berdering tanpa henti. begitu juga telefon bimbit ku. aku bertambah takut. ketakutan membuat aku terduduk dan menjerit sekuat hatiku. tingkap yang ku buka tadi tertutup dan terbuka berulang-ulang kali dek angin yang kuat. kipas berpusing. lampu terpasang. dan kemudian terpadam. Dek ketakutan aku menangis. dan terus menutup pintu kamar mandi dan menguncinya. kali ini pintu kamar mandi diketuk dengan kuat. nama ku dipanggil dari luar. tiada keberanian untuk ku buka. keberanian yang selalu ada hilang entah ke mana. tiba-tiba pintu terbuka dek tolakan kuat dari luar. aku terperanjat. terus lari mendapatkan laila..sabdar.hariz. shila dan sham ada bersama.

laila"ko kenapa? sume orang risau dow.."

fara" aku takut..ade orang ketuk pintu kuat.. telefon berbunyi.. kipas terpasang... hp aku bunyi....tingkap...tingkap..." kata-kataku dalam tangisan mati. aku melangkah ke arah tingkap. tingkap itu tertutup berkunci. aku melangkah ke plug. menekan plug kipas. tidak berfungsi. aku ke arah telefon mengangkat ganggang telefon. kosong. begitu juga hpku.

Aku" betul tadi semua berfungsi baik telefon, kipas . tingkap... percaya lah ...aku bercakap ben.."

shila mengangkat tangannya. shila" sudah.. jangan nak mereka-reka cerita.. semua ok kat sini...telefon mmg x de line dari tadi, fara.. ko pun tau.. macam tu jugak kipas.. tingkap mmg x dibuka dari tadi... ok fara...tak de ape yang pelik ok.. selesai"

shila terus beredar. diikuti sham dan sabdar juga. laila kelihatan serba salah. akhirnya dia juga keluar. aku masih tunduk memandang lantai. kosong. aku masih berfikir tentang itu. hariz duduk di katil sebelah. menarik tanganku. aku memandang. mata kami berpandangan. ada bicara dari hati ke hati di situ. dia menganggukan kepala dan senyum. tanda dier percaya pada kata-kata ku.

hariz"tenang.. semuanya akan ok"

aku menganggukan kepala tanda mengerti. dia menarik tanganku merapatinya. aku dipeluk agar tenang kembali.

Saturday, September 13, 2008

Saat melangkah masuk...

kami masuk lagi ke hotel itu. laila menekan-nekan bell ring. Shila dan sham seperti biasa berpacaran.

sabdar" anybody here?!!!!'

Tiada respon.aku masih lagi di satu sudut ditemani hariz.hariz memandangku cuba menenangkan aku dengan lawak-lawak tidak sedikit pun menerima respon dari ku. hariz pergi mendapatkan sabdar. saat itu aku terus melangkah menaiki tangga. sampai anak tangga ke berapa entah aku menoleh kawan-kawan ku. mereka masih sibuk memanggil dan mendapatkan respon. aku terus berjalan. sampai ditingkat atas ada sebuah pintu terbuka.aku cuba melangkah terus ke bilik itu. tiba-tiba tanganku ditarik seseorang. aku berpaling. Rupa-rupanya hariz. laila. sabdar. shila dan sham. mulai menaiki tangga ke arah kami.

sabdar"no body stay here i think.. then we check in by ourself lh.."


semua pintu bilik sememangnya terbuka. kami terus memasuki bilik masing-masing. aku dan laila sebilik. hariz dan sabdar. shila pula mahu sebilik dengan sham. aku melangkah masuk ke bilik yang terbuka saat aku sampai di tangga sebentar tadi.

hariz" girls, this mine.. yours 012. ok"..

laila" cni lah, babes..len lah klu u nak tido ngan hariz"

aku" tak de makne nye"..

satu jelingan ku berikan pada hariz. aku cuba berlagak biasa. tapi dari tadi aku rase sesuatu yang aneh di sini. aku tau kenapa hariz bertindak begitu. dia tahu ape yang aku rase. aku melangkah ke bilik sebenarku. bilik hotel nampak kemas. seolah-olah baru lepas dikemas. aku meletakkan kepala ku diatas katil. laila sibuk menekan-nekan suiz lampu. tapi tidak bernyala. dia mencapai ganggang telefon.lalu meletakkannya semula.

"arghh tensionye x de elektrik. telefon ni plak tak bleh guna... hp.. harammm x de line..aku g jumpe sabdar ngan hariz jap"..


"ok" farah


aku bangun menuju ke arah tingkap hotel.aku membuka tingkap itu seluas mungkin. pelik jariku tidak menangkap sedikit pun habuk. angin menderu masuk. nyaman. sangat mendamaikan.

Kisah itu bermula di sini...







aku.laila.shila.sabdar.ewan.hariz. pada hari itu. kami menaiki sebuah van diarahkan ke Perak bersama kawan-kawan yang lain atas urusan kerja.malangnya kami telah terpisah dengan kawan-kawan yang lain.kami sesat.kami melewati sebuah tanah perkuburan yang luas. seluas ladang buah-buahan kepunyaan bapa sabdar.aku melihat sesuatu disebalik sebatang pokok besar.aku memandang terus ke arahnya. begitu juga dia. van terus mara padanganku masih fokus pada "dia" yang memandang aku. kemudian aku memandang ke hadapan sepantas kilat dia berada dihadapan cermin aku menghalang van kami. tetapi sabdar kelihatan biasa sahaja. yang lain ku lihat masih nyenyak tidur. aku cuba memberi tahu sabdar. tapi sabdar telah melanggar "dia" terlebih dahulu. kereta tiba-tiba berhenti beberapa meter dari tanah perkuburan. aku memandang sabdar. sabdar juga begitu.oleh kerana van berhenti mengejut. teman-temanku lain terjaga dari tidur yang lena. aku tidak mampu berkata apa-apa. sabdar turun melihat keadaan van. begitu juga ewan dan hariz. tapi keadaan masih tidak berubah van masih tidak boleh dihidupkan.aku turun berjalan terus di jalan yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak itu.kedengaran sabdar mulai menyumpah-nyumpah. sabdar memang panas baran. ewan masih berusaha menghidupkan enjin. hariz setia membantu. Shila pula sibuk membetulkan dandanannya yang sudah mulai pudar dek kepanasan. laila sedari tadi asyik bergambar. aku pula terus berjalan. tiba di satu kawasan aku melihat sebuah hotel...tapi tidak lagi terurus. aku meneruskan perjalananku. tapi kedengaran suara hariz memanggil nama ku. niatku mahu mencapai tombol pintu tadi terbatal. hariz menghampiriku. tiba-tiba pintu terbuka sendiri. aku memandang hariz. begitu juga hariz.tiba-tiba suara laila mematikan segalanya.

"wah!!! ada hotel lah. apa kate kita tido je kan cni, kawan-kawan?.."laila terus membuka pintu hotel itu.

aku memandang hariz. tanpa sebarang kata. hariz juga begitu.

shila"aku tak kisah.. tapi semacam je tempat ni. wat ever lh, most important thing my bed close to window"...


ewan dan sabdar masuk.

Sabdar" guys we have no choice. kt kene tido sini. kereta tak boleh start"...

aku bersuara" x de cara lain ke?" ade sesuatu yang aneh di sini. aku merasainya sejak tadi.

Sabdar mengelengkan kepala. mereka semua ke van mengambil pakaian masing-masing. tinggal aku dan hariz.

hariz" jangan risau. satu malam je. insyaallah esok van ok"

aku menangguk akur. kami berjalan menuju ke van. tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh dari tingkat atas. aku dan hariz memandang antara satu sama lain. Hariz terus menarik tangan ku supaya aku tidak terlalu memikirkan tentang bunyi tersebut.

.........................................................................................

Wednesday, September 10, 2008

cinta tak bersyarat

Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat

Aku-chairil anwar

aku...
kalau sampai waktuku
ku tak mau seorang pun merayu...
tidak juga kau...
tak perlu sedu sedan itu..
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulit ku
aku tetap meradang menerjang
luka dan bisa ku bawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
aku akan lebih tidak peduli
aku mau hidup seribu tahun lagi...

Monday, September 8, 2008

Cerita dari bilik hotel.

pada ketika itu dingin. seperti mahu hujan. tapi belum hujan. aku merenung dari tingkap hotel memandang pokok besar di tanah perkuburan. shila dan laila di bilik kawan-kawanku yang lain. tiba-tiba ada satu bunyi. bukan ketawa. bukan suara. tapi bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. tap tap tap...semakin lama bunyi itu semakin hampir. semakin jelas ditelinggaku. semakin dekat, buat degupan jantungku kencang. semakin lama semakin kuat. bunyi itu semakin dekat. tiba-tiba polyphonic handphoneku berbunyi lagu Gerhana Ska Cinta "terpesona" sejak dari tadi tiada line tiba-tiba berbunyi. aku angkat tapi tiada suara. kosong tanpa suara cuma deru angin yang bisa kudengari. tiba-tiba ada suara ketawa halus. pantas ku matikan talian telefon. telefon hotel berbunyi tapi sebenarnya telefon sememangnya tiada line begitu juga bekalan elektrik.tetapi ada bekalan air di sini. aku cuba mencapai gangga telefon yang tak jauh dariku..talian terputus deringan terhenti. aku bangun ke kamar mandi. tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat. aku terkejut. hampir gugur jantung ku dibuatnya. aku tinjau dari satu lubang. pintu masih diketuk tapi tiada orang diluar. aku cuba membuka pintu. ketukan berhenti. aku terus ke kamar mandi....


p/s cerite ini akan disambung nnt.
cerite ini cuma sekadar cerita dari seorang peminat filem seram.
berfantasi tentang filem seram memberi kepuasan pada ku...
tapi ianyanya sekadar imiginasi bukan taksub (Syirik tu)

Siapa Aku Sebenarnya..

ada cerita tentang kau dan aku...
ada cerita tentang pelangi dan hujan ..
ada cerita tentang siang dan cahaya..
ada cerita tentang bintang dan bulan...

tapi cerita ini tentang kau dan aku..
tentang kau yang telah lama pergi dari aku..
tentang kau yang kapan akan kembali lagi pada ku..
mungkin kau takkan pernah kembali...
ya kau takkan kembali lagi..
aku kehilangan dikau saat aku terpedaya kata dusta kata nista sang buaya..
saat aku benar-benar bodoh menilai manusia..bukan buaya..

tapi harus gmana..
apa yang tak ingin terjadi
sudah terjadi
x ingin berlaku
telah pun berlaku..

maka ku bulatkan satu kata
allah tau segala-galanya..
aku pohon ampun padanya biar dosa itu diampuninya..
biar aku bisa jadi siapa aku sebenarnya..

Sunday, September 7, 2008

dambaanku...

aku kadang-kadang lupa..
kadang-kadang sengaja buat-buat lupa...
walhal aku x penah lupa...
aku tau siapa aku...
siapa aku pada kamu...
siapa kamu pada ku...
kadang aku cuba memonopoli sesuatu yang bukan milikku..
aku mau semuanya dari kamu..semua
aku tamakkan sesuatu yang hakikatnya tidak akan jadi milikku..
kamu bukan untukku...
kamu tidak akan menjadi milikku..
sampai kapan pun kamu bukan untukku....

Sampai kapan harus ku tamakkan untuk memilikimu..
sampai kapan harus ku dambakan kasihmu...
kapan ianya berakhir...
kapan saja aku jauh dari mu
pasti aku bisa lupa akan kamu...
semua tentang kamu..
semua tentang kita...
moga saat itu tiba ..
berakhir lah segalanya..
moga saat itu tiba ...
aku dah tak lagi tamakkan kamu..
aku dah tak lagi dambakan kamu..
saat itu mati sudah rasa ku buat kamu...

Tuesday, September 2, 2008

hadir lah teman..

rembulan dengarkan laguku..
teriakku...
jeritan batinku..
malam ini ku sendiri..
sesat...
di kamar sepi...

hadir lh teman..
temani ku disisi...
biar ku x rasa sendiri lagi...
hulurkan kasih..
hulurkan tanganmu..
biar bisa ku gapai
supaya ku x sesat lagi...


hadir lah teman
jangan tinggal ku sesat dan sendiri...

Sunday, August 31, 2008

Aku cuma scandal

bersandarkan lenganmu
bikin aku selesa
berada dalam dakapanmu
jiwa ku bergelora
kucupan mu menghangatkan
iman ku bisa goyah jika terus begini..
dedak jantungku tiba-tiba kencang

pelukanmu, kucupanmu
bisa tenangkan aku
setenang mungkin
setenang tasik biru
awan terbentang...

biarpun engkau tidak punya banyak waktu buatku
pada setiap detik kuperlukan mu..
setiap waktu ku panggil dirimu..
tapi amat sukaruntuk kau tunaikan
kerna kau masih punya ruang mu sendiri
kau masih punya dia di sisi...
kau masih punyai dia yang menyayangi...

setiap waktu mu bukan sekadar buat aku...
bukan untuk bersama aku..
tapi bila kapan saja kau di sisi
jiwa kutenang...
hatiku berteman...
sedaya mungkin ku biarkan bahagia berpanjangan
Tapi hakikatnya waktu2 mu bkn buat aku...
kerna aku bukan sesiapa
aku cuma skandal..

p/s - buat si dia memberi ketenangan bukan ku, cuma skandal...

Wednesday, August 27, 2008

ada pelangi
selepas hujan ..
ada bahagia
setelah keringnya tangisan...
seperti kanak-kanak dapat boneka..
seperti itu juga kurasa bahagianya...

aku melihat dari kejauhan..
apakah bahagia ini yg kucari..
apakah dia yang ku nanti...
setelah purnama demi purnama kisah hitam itu pergi...
adakah cahaya ini yang ku nanti...

aku terpaku menatap pelangi tapi masih sendiri..
apakah itu juga bahagia ku nanti...

Sunday, August 10, 2008

Satu Rasa Luar Biasa

sesuatu berlaku pada aku. tak tahu kenapa. aku tiba-tiba dicuit satu perasaan buat seorang lelaki.dia bukan lelaki biasa. yang hadir kerana tubuh ini. tapi sebaliknya hadir hulurkan sebuah persahabatan. Aku pula sedang asyik dibuai perasaan. satu perasaan luar biasa yang jarang sekali muncul buat seorang yang bernama lelaki. aku cuba mengelak. lari dari terus bermain perasaan yang akhirnya membunuh ku. aku tidak mahu menepuk dinding seorang diri. setiap kali aku dihantar pulang kerumah. satu ciuman mahu ku beri, aku mahu memeluk pasti nyaman rasanya. biar dia terus disisiku. tapi berada disisinya buat aku tak berdaya. lidah kukelu. diam tanpa kata. tindakan ku terbatas. bukan seperti aku yang hebat mengoda lelaki. dia buat aku tiba-tiba menutup semua sikapku itu. Kalau begini terus aku bisa gilakannya .jatuh cinta padanya. aduh...tidak kami pernah berkata no hard feeling antara kami..juz a fren... aduh... di situ silapnya... hingga kini kami masih kawan.. dia juga seperti biasa.. aku juga berlagak biasa... namun adakalanya aku terlebih memberi perhatian padanya daripada kawan-kawanku yang lain...aduh pasti dier berasa penting... malu jugak rasanya. ... itu berlaku diluar kawalan ku..ya allah cepat-cepatlah ko alihkan rasa hati ini. ...supaya aku tak cintakannya..

Aku mahu lari..

aku berlari...
berlari tanpa pasti
arah tuju..
aku berlari sehingga nafas ini sesak..
tapi tidak mahu berhenti
mahuku hanya lari...
lari meninggalkan setiap duka yang masih bersisa..

sedang pujangga meyusun kata ..
sedang bicara hilang tiada..
aku berlari..
biar apa orang nak kata...
aku lelah tanpa kata..
berlari tinggalkan duka...
agar tidak terus terluka..

Puisi Rangga


"PUISI RANGGA I"

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta

Tapi aku pasti akan kembali"PUISI RANGGA I"

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta

Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..

Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.

Puisi Rangga


uisi Rangga
 Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi... Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau, pekat!

Seperti berjelaga jika aku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terderah,
atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai?
meniti hari demi hari..
mencari sesuatu yang takpasti...
dalam kabur..
kelam ..
jalan yang berliku...
apakah masih ad ruang untuk ku..
di sisiMU..

aku merangkak dalam kegelapan
mencari sinarMu..
aku cuba menggapai..
namun tiba-tiba jadi kelam..
tanpa cahaya..

haruskah aku terus berada dalam kegelapan ini..
atau perlu aku hancurkan nya..
dan terus mencari cahayaMU...
atau harus aku membelok
berpatah balik di tempat asal ku..
hancur segala apa yang dah berlaku..

tak ..
aku harus mara ke hadapan...
mencari dan cuba mngapai lagi cahayaMu...
ya ilahi..

Friday, August 8, 2008

tak ada harus kita sesali
semua indah yang pernah kita alami
meskipun terbatas
dan tak mungkin terikat janji abadi
aku, dirimu, dirinya

tak akan pernah mengerti tentang suratan
aku, dirimu, dirinya
tak resah bila sedari
cinta takkan slh...

andai waktu bisa
kita tak kembali
jalinan cerita mungkin tak begini

aku, dirimu, dirinya
tak akan pernah mengerti tentang suratan
aku, dirimu, dirinya
tak resah bila sedari
cinta takkan slh...

meski pun terbatas takkan banyak
dan takkan lebih lagi
aku, dirimu, dirinya
tak akan pernah mengerti tentang suratan
aku, dirimu, dirinya
tak resah bila sedari
cinta tak akan slh...
tentang suratan
takkan aku sesali
cinta takkan salah...

tanyaku padamu, arjuna..
kenapa kau pergi..
hadirkan sepi..
kenapa kau hilang..
hadirkan benci..
kenapa biarkan aku sendiri..
menyulam hari-hari tanpa dirimu..
kenapa tidak kau bawa cinta ini sekali..
pergi bersemadi..

aku penat dengan kesepian ini..
aku lelah terus membenci..
ambillah sepi ini..
bawanya pergi..

biarkan tangisan ini berhenti..
biarkan sayang ini mati..
hadirkan bahagia..
yang dah lama pergi..
hilang ..
tak ku temui..

ohh..
bahagia jangan terus mati..
biarkan aku hidup kembali...
kala malam bulan mengambang..
aku ditelan kelam malam..
haruskah aku bertanya pada mu bulan...
kenapa diri sepi?
kenapa dunia ini kosong?
pergilah sepi...
pergilah kekosongan ini..
biar siang menyelubungi
biar cahaya menerangi...

jangan cahaya ini padam, arjunaku..
biarkan,...
biar ia tambah terang dalam kelam,,
agar warna hidupku tak sepi lagi..
agar warna hidupku tak kosong lagi..

biarkan..
biarkan...kelam itu terus bersemadi...mati..
pantas jiwaku bisa hidup lagi..
aku menulis lagi. menambah cerita dlm cinderella story. Lately everything mcm x menarik lebih teruk ianya bikin aku b'tambah teruk. aku kembali ketempat kenakalanku bermula... tempat yg sepatutnya aku jauhi menjelang 2008.. tempat yg banyak mengajar aku menjadi liar. aku pergi lg ke tmpt itu bbrp malam minggu ini. aku tidak liar. tapi sebagai pemerhati. memerhati setiap tingkah mereka. itu tidak perluku ulas. apa yg aku mahu disini hanya ceritaku. aku menilai kembali. apakah aku betul dengan melangkah kembali ketempat sebegitu? apakah itu benar2 aku? apakah aku terus begini selamanya... aku mahu berubah. tapi masih sebagai Farah.. kali ini aku pergi lebih teruk keadaannya. Keadaan makin liar. aku x suke begitu sebenarnya. memeningkan. segalanya memeningkan. kadang2 aku benci. pada aku ke? entah soalnya aku benci. benci pada semua perasaan yg timbul lately. Ianya tak harusnya timbul. kerana salah sama sekali ia timbul pada saat yang tak sesuai. masih memikirkan shahril itu bkn satu mase yg tepat. aku perlu lebih masa. mendalami diri sendiri dan apa mahunya. kalau hatiku bisa beritahu apa mahunya. mudah. aku turuti setiap kemahuannya. tapi soalnya hatiku tidak bisa berbicara padaku. jadi aku harus meneka apa mahunya. kali ini ku teka. salah sama sekali. bkn org yg tepat. mungkin aku perlu lebih banyak meneka hatiku. agar nanti bisa arif tentangnya. ade ruang2 kosong dihati ini yg perlu kuisi sebenarnya. tapi aku masih belum bersedia mengisinya dengan sesiapa ataupun apa-apa. aku masih belum bersedia. tapi smpi bila? aku juga bertanyakan soalan yang sama. brp byk masa? pokoknya, aku blum bersedia. mungkin bsok aku bersedia.. mustahil. aku gila orgnya. hari ni aku say yes. besok may b no..arghh jd org gila lebih mudh mungkin dr jadi org waras tapi sebenarnya gila. gila? ye aku mmg gila. semua org ade gilanya. aku salah satunya. jujur aku katakan aku tak mau kegilaan ini berakhir sebaliknya kekal lh ianya selamanya.

kadang aku rase sunyi
bila aku sendiri....
kadang aku rase tenang
bila sendiri begini..
kadang aku rindu..
rindu pada dirinya..
yang hilang dari aku..
kadang aku rasa
aku mau dier kembali..
tapi sakit yg ditinggakan sebelum pergi..
amat dalam..
sehingga aku x bisa menyembuhkannya..
aku menanggis sendiri
bila mengenang
dia tinggalkan aku dan pergi..
tanpa kata
biarkan aku sendiri..
digantung x bertali..
payah ...
sakit..
pedih..

rindu..
apakah perlu aku rindu padanya...
rindu ini menyakitkan ..
sakit kerna
dia bukan orang yg pantas untuk aku rindui..
tapi aku masih rindu..
rindu dan cinta itu buat aku gila..
aku bisa gila kalau begini terus,...
hakikatnya aku memang sudah gilakannya...
rasa padanya begitu berbeza,,
entah kenapa hormon ku berubah..
rase kupu2 berterbangan diperutku..
mataku tidak berhenti merenung dirinya..
aku seoalah2 berhenti bernafas...
aku hilang kawalan, hilang kewarasan
saat aku jumpa dirinya...
tapi kenapa dia....
kenapa dia yg aku cinta..
kenapa dia yang buat gila...
kenapa dia yang bikin jiwa, hormon ku dan diriku jadi berbeza..
mungkin kerana ini cinta...
cinta yang membutakan ..
cinta yang mengaburkan..
ya semuanya kerana cinta...
atas nama cinta ..
aku terus rindui dirinya..
biarpun dia hilang..
tak kembali..
tapi rase rindu ini akan b'terusan..
maaf buat insan2 yang hadir dlm hidupku selepas dier..
kerna cinta buatnya begitu hebat ..
dri perasaan buat kalian..
ini bkn aku yang mahu..
takdir sudah begitu..
segala yang berlaku ini takdir..
takdir yang menemukan aku dengan dia..
bercinta..
kemudian hilang..
kemudian muncul..
hilang lagi..
kali ini aku minta dier jangan kembali..
biar aku rindu smpi mati..
tapi jangan lagi kembali..
aku sudah dengan kehilangan dier..
jadi jangan kembali untuk tambah lagi kesakitan ini..
aku akan bisa hidup
biar terus merindui dier..
aku yakin aku boleh terus hidup..
biarpun aku rindukan kamu shahril..
aku mungkin akan mati bila kamu kembali..
jadi..
jangan kembali lagi..
biarkan aku terus rindu..
rindukan kamu..

Sunday, July 13, 2008

tiada cinta akhirnya..

kala aku rasa hidup ini bahgia ...
tapi ia cuma sementara..
kala rasa sepi itu tiba...
ia kekal buat beberapa purnama..
biar ku letup kan sahaja jasad ini..
biar ku bunuh hati ini ..
akhirnya keping-keping jasad dan hati
ku semadikan bersama cinta yang terhenti..
biar rasa itu mati..
biar aku pergi..
tinggalkan semua..
semua cinta yang ada...
kerna tiada cinta buat ku akhirnya...