Sunday, September 21, 2008

Merah terima kasih atas segalanya.

Baru beberapa minit yang lalu aku berbual dengan "merah" di ym. satu ruang yang memberi peluang aku berbicara soal perasaan dengan "merah". kami tidak mempunyai sebarang peluang untuk berbicara mengenai perasaan. Tapi malam ini kami meleraikan segala kegelapan antara kami.

awalnya di ym aku yang mulakan dengan satu sapaan. "merah" membalas ringkas. cerita kami pada awalnya cerita biasa. hingga pada satu ketika aku meminta "merah" membaca blog ku. ada sesuatu buat "merah" dalam laman blog ku. bkn satu tapi dua buah puisi khas untuknya. "merah" mulai merasakan sesuatu yang pelik. aku bilang baca semula puisi ku yang bertajuk kala malam bulan mengambang

"aku x harapkan apa2
cuma mau lari dari sepi..
aku tak mau sampai mati..
aku sepi... " .

aku terangkan padanya aku tidak mengharapkan apa2 untuk perhubungan kegelapan ini. ianya akan berakhir nanti. bila?. aku pun tak pasti. aku bilang padanya jangan risau aku tahu kedudukan aku, "merah" dan perhubungan ini. ianya akan berakhir sekejap lagi. "merah" cuma mahu menjelaskan segala2 nya kerna khuatir aku mengharapkan sesuatu darinya. keadaan bukan begitu "merah". aku tidak menaruh cinta padamu. aku yakin x pernah. kerna aku tau aku cuma rasa sayang pada kamu kerna kamu bikin aku tenang dan bahagia. bukan dalam konteks cinta. Jangan salah menafsir perasaan ku "merah". ketika berbual di ym. "merah" juga meminta maaf. tanyaku padanya kenapa. dia bilang kerana tidak menunaikan permintaan ku untuk bertemu malam ini kerna dia kan pergi besok.kalau dia tidak meminta maaf pun aku mengerti. "merah" mahu menjarakkan hubungan kami. aku mengerti. itu memang perlu.


beberapa minit setelah selesai berbual di ym, aku merasakan inilh saat dan ketika yang tepat menyelesaikan semuanya antara aku dan "merah". Segalanya perlu berakhir di sini. Pergi lah "merah" ku relakan kau pergi. tiada apa yang perlu dinanti dalam hubungan yang gelap ini.

Cuma kuharapkan allah kuatkan aku dan menjaga hatiku selalu.

No comments: