Thursday, October 23, 2008

uwan agar ko bisa tenang di sana

tiba2 hati ku tersentuh. mendengar cerita laila yang atuknya sakit kuat. aku jadi teringat uwan. arwah uwan sebenarnya. aku jadi tiba-tiba sedih. rindu. sebenarnya lebih pada rindu. aku tahan air mataku dari mengalir ketika itu. saat itu di kedai mkn bersama teman sekerja ku. aku perlu kuat sebenarnya. mereka tidak harus lihat air mata ini. laila juga tidak. jangan aku tak mau.

aku jadi mula hilang rasa. aku mau menitiskan air mata. aku naik opis dulu. x thn. tolong tuhan damaikan uwan ku di sana. aku rindu pada dia. maafkan. ampunkan kerana air mata ini mengalr tanpa dipinta. menitis sendiri tanpa dipaksa.

aku cuba mengingat wajah uwan aku paksa diri aku agar aku x pernah lupa wajahnya. aku menangis tiap kali aku rasa aku terlupa wajahnya. aku mohon agar aku tidak pernah sekalipun lupa pada dia ataupun wajahnya itu. jangan.

aku dh x punya dia di sini. jangan hapuskan lagi memori kami. jangan biar aku lupa dia nnt.


satu lg pintaku padamu tuhan. tenangkan dia di sana. al fatihah..

Monday, October 20, 2008

Kuatkan aku, bangkitkan roh kehebatan ku...

mcm2 jadi ari ni. segalanya bermula dengan perkara yang tidak bagus. bukan setakat ari ni. dh 2 minggu cam ni. x tau dari mana silapnya. semuanya salah. salah aku. kenapa. bodoh mungkin. aku benci begini. aku lost diri sendiri. aku x tau mane perginya diri aku sendiri. segalanya buat aku rasa mau mati. buat aku benci diri sendiri.

aku tak suka keadaan jadi begini. aku rasa down suddenly. aku jadi hilang suara. hilang rasa. pokoknya hilang diri aku sendiri.

aku juga hilang kepercayaan org ke atas aku. itu paling aku x suka. aku tiba-tiba jadi sedih dgn semua ini. paling penting hilang kebawaan diri. aku x pikir apa staff len nak kata pasal aku. tapi aku pikir org yang bagi gaji kat aku.

aku sedih gila. klu bukan di opis aku dh menangis di bilik sendiri. tapi saat ini aku di opis.

aku x mau org pikir aku lemah. aku tak mau orang pikir aku kuat nangis. tapi sebenarnya aku lah orang orang2 itu. lemah, sensitif, kuat nangis. lemparkan sahaja perkataan2 itu padaku. aku mengaku itu adalah aku. tapi setiap orang tlg jgn lihat aku seperti itu. jgn sekalipun.

aku tampilkan diri aku yang kuat, x de perasaan, sukar didekati, x sensitif lansung pada apa kata orang, ganas,bukan seorang yg feminin.


aduh berlakon kah aku? penipu kah diriku? aku cuma x mau nmpk lemah. aku x mahu dipandang rendah.


tuhan,
biar semuanya hitam pada mata org aku x kisah.
cuma yang putih pada matamu...
tolong bangkitkan roh kehebatan ku...
jangan terus tanamkan dia sedalam kalbu.

Sunday, October 19, 2008

Semuanya tinggal noktah, Merah

Buat si Merah...

Sekiranya kau terbaca blog ku ketika masa terluangmu. mahu aku nyatakan di sini. ada rindu yang singgah jauh di sudut hati ini. x tahu datangnya dari mana. aku cube menepis perasaan ini kerna ku yakin kau pasti x rindu pada ku. aku mengerti sukar untuk kau rindui aku. tidak mengapa jangan gusar aku takkan berkecil hati. yakinlah rindu ini juga akan berakhir nanti. aku harap kau gembira di sana. hish apa lah aku ni, pasti kau bahagia tentunya. aku tak sangsi lagi. kau mmg mau kesana demi misimu yg belum sempurna. aku doakan kau berjaya.

Entah rindu ini buat aku lost kadang2. aku hilang fokus. kerja ku berantakan. kehidupan sosial ku tercalar. benar2 rindu kali ini. lain benar rasanya dari dulu. tapi aku tahu rinduku setakat di situ. noktah. tiada lagi lebih dari itu. mungkin kerana terbawa2 dek perasaan aku jadi begini. jangan risau merah. aku takkan membiarkan ini berterusan. aku kan kuat. aku kan hebat. kau bukan x tahu itu. aku takkan lemah kerana ini. ujian sekecil ini pasti aku berjaya harungi.

Satu ari jika aku jumpe si pelangi akan ku beritahu kamu. mungkin kau tak peduli tapi akan ku khabarkan juga pada kamu lewat blog ini. aku takkan membuat panggilan pada kamu. atau menghantar pesanan ringkas. fahamlah aku tak berdaya melakukan itu. cukup sekadar waktu itu. semuanya tinggal noktah, merah.

khabar indah dari seberang bukan untukku

saat itu hujan..
aku terima satu khabar...
khabar indah dri seberang tapi bukan untukku..
buat teman..
biar...
kini...
dia dibuai keasyikan...
dia asyik aku senang..
dia gembira aku lapang...
dia bahagia aku takkan pernah sedih...

khabar indah dari seberang tapi bukan untukku...
buat teman...
dia berhak dibuai rasa...
dia manusia..
dia wanita..
perlu bahagia...
tuhan jangan biar dia menangis lagi...
jangan biar temanku sedih lagi...
jangan sakiti dia lagi...

hapuskan segala duka lara..
hapuskan air matanya..
leraikan sakitnya...

dia berhak bahgia
bila terima khabar indah dari seberang yang bukan untukku
tapi buat teman...

Friday, October 17, 2008

MELIHAT DARI BALIK TIRAI
SEDIKIT TERANG....
CUMA BAYANG
SEDANG SI HAWA TERABA-RABA....
MENCARI MANA ADAMMNYA....
BUKAN YANG PERTAMA...
TIDAK JUGA YANG KETIGA....
MANA?

ADA CINTA YANG TERSUSUN SEMENTARA..
ARAH MANA DATANGNYA..
TIMUR?
BARAT?
MUNGKIN UTARA...
ANGIN YANG MEMBAWANYA..
KEMUDIAN ANGIN JUGA BAWANYA PERGI..
LALU TINGGALKAN AKU SENDIRI..
SEPI.............

SEPI

bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku...
syurgaku..

tanpa dia malam menemaniku...
sepi memelukku...

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam......
biar ia sepi sepertiku....

khalil gibran...

Monday, October 13, 2008

Tanyaku Padamu Dunia...

ada tangisan...
ada jeritan...
ada kesakitan...
dalam keramaian
manusia berdendang....

di sana ada kematian
mayat bergelimpangan ..
darah warna kekal di segenap ruang....
si anak kehilangan pelindung
si ibu menjanda ditinggal tanpa pesan ......

letupan ...
tembakan...
dentuman ..
hidangan yang menyiksakan...
makanan yang membunuh setiap satu mereka....

disana hilang sudah nilai kasih sayang...
hilang rasa kemanusian...
mati sudah rasa kecintaan...

bila..
bila bakal berakhir ini semua...
apakah hingga tiada titisan air mata..
tiada lagi suara...
mati sudah deria rasa...

dimana noktahnya....
aku masih tertanya-tanya padamu dunia...........

Friday, October 10, 2008

Tuhan Jaga Hatiku Selalu..


Sudah lama benar rasanya x mencoret dan meluahkan sedikit rasa di sini. Rindu benar rasanya mahu menulis. Namun kesibukan telah mencuri masa-masaku untuk berkarya, untuk melakukan apa yang aku suka, untuk rasa apa yang mahu aku rasa. kesibukan membataskan segala tindakan dan perasaanku.

tapi adakalanya aku suka begini. setidak-tidaknya aku x rasa aku sendiri. x rasa apa itu sepi. jauh lagi rasa x memiliki dan dimiliki.

aku mulakan hidup baru. kerja baru. teman baru. segala2nya baru. yang bikin aku tenang. tapi adakalanya x tenang jugak. argghhh itu semua dunia punya angkara.

kata boss cube pikir kenapa allah bagi kita hidup di dunia. banyak sebabnya, salah satunya DIA suruh kita berusaha. aku akui kata-kata boss ada benarnya. Jadi jangan cepat putus asa. berusaha lah pasti berjaya.

sudah lama benar aku x beri perhatian pada hidup aku, pada diri aku, pada tubuh aku, pada hati aku.


mereka perlukan perhatian. Aku sudah lame tidak mempedulikannya. kali ini aku nekad hati ku, diriku, tubuhku perlukan perhatian kerna dia sebahagian dariku.

tiada lagi mereka-mereka yang ku beri peluang melukakan hati, mencalarkan tubuh ini, merosakkan diri ini.

tiada lagi mereka-mereka yang melempiaskan nafsu nya di sini pada diri ini.

tiada lagi mereka-mereka yang rasa gadis kecil ini masih kecil seperti dulu.

tiada lagi mereka-mereka yang mampu menundukan gadis kecil ini...

meragut kehormatannya dan pergi......


aku mohon pada allah tolonglah jaga hatiku ini jangan biarkan tercalar lagi...
jangan biarkan ianya dikhianati lagi, lagi dan lagi...

aku sudah penat membiar diri ini tubuh ini diratah oleh kaum adam,
yang sepatutnya melindungi bukan menyiat setiap inci tubuh ini, diri ini....

aku berdoa sedalam kalbu di sini berakhirnya...
hidup liarku...
disini berakhir
kebodohan gadis kecil ini...
di sini berakhir
kepercayaanku kepadamu si kaum adam....

cukup sudah
terhina benar aku rasa diriku pada DIA...
adakalanya ku sudah malu memohon pada DIA...
kerna aku bukan mulia..
kerna aku bukan suci..

kerna itu aku cuma minta SATU daripada DIA
....TUHAN JAGA HATIKU SELALU...

aku yakin semuanya dari hati dari niat...
insyaallah klu itu terjaga maka terjaga segalanya.

Saturday, October 4, 2008

Raya Tahun Ini Tak Semeriah Sebelumnya.


hari bantai

aku pulang ke rumah. erm byk benda dah berubah di rumah. bunyi mcam orang dh lame tak balik. hehe. biasalah raya mcm2 mama tukar.boros. time ni lah orang2 boros. rakus. termasuk mama. tapi x pe setahun sekali je buat perangai cam ni. esok raya. aku dah beli baju raya dengan shila semalam. sederhana sahaja.

Hari raya p1

erm aku dan adik2ku bersiap2 memakai baju raya. paling ghairah c amar. awal pagi dh bangun. kecoh kejutkan semua orang. penat aku nak layan. selesai sembahyang raya. sesi bermaaf2an beralangsung. itu lh rutin raya yang paling ku nntikan. saat ini aku biasa mencium jari jemari mama dan papa memohon keampunan. banyak benar dosa ku pada mereka. banyak benar rahsia ku. tapi ku tau mama bisa membaca aku. klu dulu aku terlalu sensitif dengan situasi ini tapi kini tidak lagi. aku nekad aku takkan nangis raya tahun ini.

Selesai itu, aku, mama dan adik2ku berangkat pulang ke kampung ku di KG. Melang Tengah Kuala Pilah. destinasi yang setia menanti keluarga ku pulang setiap hari raya. berangkat pulang seperti biasa. aku harap tahun depan semua akan jadi luar biasa. aku tak larat. tak larat melihat kepenatan mama dan adik ku amar. aku harus berikan sedikit kesenangan pada mereka. aku perlu lakukan. tahun depan akan ku buktikan. aku yakin aku boleh.

wlupun semuanya kelihatan biasa di kampung. sebenarnya dalam hati cucu dan anak UWAN LIMAH ada sepi dan sunyinya. termasuk aku. aku tiba2 rindukan uwan saat melangkah masuk ke pekarangan rumah uwan.

selalu uwan setia menanti kepulangan kami di kusyen luar rumahnya. tapi kali ini tidak lagi.

selalu ada yang bising klu juadah tak sedia lagi. tapi kali ini tak de lagi.

selalu ade yang bising tutup suh buat air tetamu dah dtg. tapi kali ini tiada lagi.

selalu ade yang bising waktu pagi. suh sume bangun. tapi kali ini tak akan ada lagi.

uwan dah PERGI beberapa purnama yang lalu. uwan tak dapat nak rase gaji pertama aku. uwan tak dapat rase baju raya yang aku idamkan nak tempah buat die. uwan tak dpt tgk aku konvo. aku sedih.

aku terkenang waktu aku jaga die di hospital dulu. waktu sume orang sibuk dan elak diri nak jaga uwan. aku turun hospital. aku jaga uwan sebab dier uwan aku. ada waktunya uwan berbual-bual dengan aku dan kami ketawa. waktu tu kami mmg dekat. aku kesian benar melihat keadaan dia pada ketika itu., kencing manisnya melarat. doktor memberitahu aku mahu memotong jari kaki kiri uwanku kerna kuman semakin merebak. doktor kate uwan dah nyanyuk. aku yakin tidak. uwan masih ingat. ingat sapa aku. ingat sapa die. doktor silap.

beberapa kali aku menitiskan air mata melihat keadaanya. dari hari ke hari keadaannya makin tenat. anak2nya x peduli. mama ku sibuk tapi janji sabtu nnt pulang. pak ngahku cikgu x bz mana pun susah benar nak dtg. ada hari apa entah dia sanggup pergi bercuti satu family ke langkawi. biarkan uwan terlantar di hospital alasannya kerana ada aku. wat de fuck pak ngah. ko anaknya. aku cuma cucunya. biarkan...hari ini dia sudah menyesal.
yang lain byk alasan.

Seminggu Berlalu.

aku kena blik. cuti sem dah nak abis. kelas start isnin. aku amanahkan kerja menjaga uwan pada mak cu. sebelum pulang kukucup dahi uwan dan jarinya. ku bisikkan di telingga nya

" uwan, kak long balik dulu ya".

"jap laie dtg blik yo"

"kak long nak blik penang terus. kelas start isnin"

"erm tak po blik lah"

"uwan jgn lupe mkn ubat yo:

uwan menangguk.aku sebak. tapi kutahan. berat benar ati ku tinggalkan uwan. aku khuatir sesuatu terjadi.


beberapa minggu kemudian ku dengar keadaan uwan makin teruk. ditukarkan ke hospital seremban. klu penang ni dekat aku tentu berada di sana. aku tanyakan khabar uwan dari mama lewat sms ataupun panggilan telefon. Raya cina makin hampir. usm cuti seminggu. aku senang hati dapat pulang. pulang ke rumah mak cik ku di seremban. agar aku boleh melawat uwan.

kami ke hospital. tiba di ccu. hanya 2 orang shj yg dibenarkan masuk. maka kami perlu bergilir2. aku masuk bersama mak lang waktu tu. aku melihat uwan. badannya berselirat wayar2 mesin. tangan, peha betisnya membengkak. kata mak lang itu sebab air dan yang dimasukkan dalam badan uwan. uwan nmpk kritikal. kata mak lang semalam nafas uwan mati seketika. nasib baik doktor cepat. aku tak tahan lagi aku menitiskan mata di situ depan mak lang. jari jemari uwan ku genggam bisikku pada uwan.

"uwan kene kuat, uwan kene lawan, sebab kak long nak uwan tgk kak long pakai jubah, kak long nak uwan dtg wktu kak long grad"

uwan x mampu memberi respon. kata mak lang uwan tido.
aku ajak mak lang ke luar sebab aku tak tahan tgk keadaan uwan.

cukup seminggu aku pulang ke penang. tapi aku pesan pada mama. nnt klu ada ape2 msg.

Hari itu....
mama menghantar msg padaku

satu khabar yg sebenarnya aku x mahu dengar.
waktu tu jam 5am. aku di bilik akma.

uwan kembali ke rahmatullah.

sms mama ringkas. aku tau dia juga sedih. ibunya sudah PERGI.
aku juga sedih mama. UWANKU PERGI.

aku bangun duduk di kerusi berdekatan meja dengan dua kaki ku angkat ke atas. air mataku mula menitis. bila akma bangun aku ceritakan tentang uwan bkn tentang kematiannya tentang kisah hidup aku dan uwan. akhir cerita aku umumkan pada nya uwan ku telah tiada. aku menanggis lagi. dia memelukku. dia suruh aku balik. aku cakap aku tak boleh balik. aku sedih. aku tak nak balik sebab aku x kuat, x kuat nak tenangkn mama,x kuat nak menenangkan semua orang di rumah.

akhirnya aku panjat doa dan sedekahkan yassin padanya.

aku tenang.
aku tak nak uwan tahu aku nangis.


Berbalik pada bicara raya tahun ini.

aku sedih. aku pasti semua orang sedih. tapi masing-masing cuba lupekan kesedihan. kami berjuang. kami rindu uwan.

semoga uwan tenang di sana.