Sunday, October 19, 2008

Semuanya tinggal noktah, Merah

Buat si Merah...

Sekiranya kau terbaca blog ku ketika masa terluangmu. mahu aku nyatakan di sini. ada rindu yang singgah jauh di sudut hati ini. x tahu datangnya dari mana. aku cube menepis perasaan ini kerna ku yakin kau pasti x rindu pada ku. aku mengerti sukar untuk kau rindui aku. tidak mengapa jangan gusar aku takkan berkecil hati. yakinlah rindu ini juga akan berakhir nanti. aku harap kau gembira di sana. hish apa lah aku ni, pasti kau bahagia tentunya. aku tak sangsi lagi. kau mmg mau kesana demi misimu yg belum sempurna. aku doakan kau berjaya.

Entah rindu ini buat aku lost kadang2. aku hilang fokus. kerja ku berantakan. kehidupan sosial ku tercalar. benar2 rindu kali ini. lain benar rasanya dari dulu. tapi aku tahu rinduku setakat di situ. noktah. tiada lagi lebih dari itu. mungkin kerana terbawa2 dek perasaan aku jadi begini. jangan risau merah. aku takkan membiarkan ini berterusan. aku kan kuat. aku kan hebat. kau bukan x tahu itu. aku takkan lemah kerana ini. ujian sekecil ini pasti aku berjaya harungi.

Satu ari jika aku jumpe si pelangi akan ku beritahu kamu. mungkin kau tak peduli tapi akan ku khabarkan juga pada kamu lewat blog ini. aku takkan membuat panggilan pada kamu. atau menghantar pesanan ringkas. fahamlah aku tak berdaya melakukan itu. cukup sekadar waktu itu. semuanya tinggal noktah, merah.

No comments: