Monday, September 8, 2008

Cerita dari bilik hotel.

pada ketika itu dingin. seperti mahu hujan. tapi belum hujan. aku merenung dari tingkap hotel memandang pokok besar di tanah perkuburan. shila dan laila di bilik kawan-kawanku yang lain. tiba-tiba ada satu bunyi. bukan ketawa. bukan suara. tapi bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. tap tap tap...semakin lama bunyi itu semakin hampir. semakin jelas ditelinggaku. semakin dekat, buat degupan jantungku kencang. semakin lama semakin kuat. bunyi itu semakin dekat. tiba-tiba polyphonic handphoneku berbunyi lagu Gerhana Ska Cinta "terpesona" sejak dari tadi tiada line tiba-tiba berbunyi. aku angkat tapi tiada suara. kosong tanpa suara cuma deru angin yang bisa kudengari. tiba-tiba ada suara ketawa halus. pantas ku matikan talian telefon. telefon hotel berbunyi tapi sebenarnya telefon sememangnya tiada line begitu juga bekalan elektrik.tetapi ada bekalan air di sini. aku cuba mencapai gangga telefon yang tak jauh dariku..talian terputus deringan terhenti. aku bangun ke kamar mandi. tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat. aku terkejut. hampir gugur jantung ku dibuatnya. aku tinjau dari satu lubang. pintu masih diketuk tapi tiada orang diluar. aku cuba membuka pintu. ketukan berhenti. aku terus ke kamar mandi....


p/s cerite ini akan disambung nnt.
cerite ini cuma sekadar cerita dari seorang peminat filem seram.
berfantasi tentang filem seram memberi kepuasan pada ku...
tapi ianyanya sekadar imiginasi bukan taksub (Syirik tu)

No comments: